Monday, July 11, 2011

Psikologi Bangsa Melayu: Dulu dan Kini – Siri 2

Oleh: A. Amri

Pertembungan Budaya Timur & Barat

Perubahan sikap dari rasa rendah diri dan pemalu kepada sikap yang lebih agresif akibat penindasan penjajah adalah satu transformasi yang normal dan berlaku kepada masyarakat di Negara-negara lain juga. Namun, kebangkitan kali kedua ini berbeza berbanding kebangkitan zaman Kesultanan Melayu Melaka kerana budaya masyarakat Melayu telah diadun dengan budaya Barat kesan dari penjajahan selama beratus-ratus tahun. Pertembungan budaya masyarakat Melayu dengan kuasa-kuasa Barat telah meninggalkan kesan mendalam terhadap cara hidup dan sistem nilai orang Melayu.

Selama lebih 50 tahun merdeka, identiti Melayu kini lebih parah berbanding sebelum merdeka. Melayu zaman ini telah sedikit sebanyak berubah kepada perwatakan yang lebih destruktif dan mementingkan diri. Saban hari terpampang di surat khabar berita-berita tentang bagaimana orang Melayu memperkosa, merompak dan membunuh. Hampir setiap hari berita sebegini berulang. Orang Melayu yang terkenal dengan sifat kesantunan mereka kian terhakis dalam arus pemodenan. 

Tidak cukup dengan jenayah seks dan keganasan, orang Melayu turut memegang ‘title’ penagih dadah nombor wahid Negara. Menurut Jabatan Statistik Negara, sehingga 2005 penagih Melayu mencatat angka tertinggi iaitu sebanyak 22,344 orang atau 68.1 peratus daripada keseluruhan penagih. Jumlah anak luar nikah yang didaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dari 1999 hingga 2003 mencatatkan 30,978 daripadanya adalah di kalangan orang Islam yang rata-rata orang Melayu.

Golongan menengah Melayu pula kian tamak dan tidak tahu prioriti hidup. Yang atas tidak mempedulikan golongan bawah. Ini menyebabkan kemiskinan menjadi masalah utama kepada bangsa Melayu. Walaupun Dasar Ekonomi Baru (DEB) diwujudkan pada tahu 1971 bagi membantu mengurangkan jurang perbezaan dengan kaum lain, perbezaan jurang kekayaan sesama kelas Melayu pula semakin melebar. Dalam kata lain, orang Melayu sendiri tidak mahu menolong orang Malayu. Kesedaran kian pudar untuk membantu bangsa sendiri. Ini diakui sendiri oleh Profesor DiRaja Ungku Aziz. Menurut beliau, orang Melayu kini tidak mengamalkan slogan masyarakat penyayang, hatta kepada alam sekitar. Berbeza dengan masyarakat Eropah atau Jepun yang mempunyai kesedaran sivik yang tinggi.

Dari segi pemikiran pula, secara amnya orang Melayu masih mundur cara berfikirnya berbanding masyarakat di negara-negara maju yang lain. Contohnya, orang Melayu masih berfikiran reaktif dan tidak proaktif. Ertinya kita hanya akan bertindak selepas sesuatu perkara berlaku dan tidak tahu mengambil langkah pre-amptive. Orang Melayu juga tidak berfikiran saintifik dan rasional. Emosi masih dijadikan panduan bertindak. Tidak hairanlah kes mengamuk saban tahun terdiri daripada orang Melayu juga. Kita juga tidak memikirkan tentang orang lain sebagaimana orang jepun. Ungkapan ‘kubur sendiri-sendiri’ memang telah melekat kuat dalam pegangan orang Melayu. 

Orang Melayu kini juga disifatkan sebagai tidak sangup bekerja keras dan tidak bersungguh dalam menuntut ilmu. Mungkin ‘tongkat’ yang sentiasa membantu tuannya selama ini telah menyebabkan kaki tuannya sendiri menjadi lemah. Sama ada orang Melayu memang tidak tahu berdiri dengan dua kakinya sendiri atau orang Melayu suka mengambil jalan selamat, tidak berani mengambil ambil risiko. Sistem meritokrasi yang diperkenalkan oleh kerajaan akan berkesudahan dengan dua kemungkinan: kecemerlangan Melayu atau kejatuhan Melayu.

Gelombang Reformasi

Dalam kemelut sosial dan budaya ini, sekurang-kurangnya kesedaran politik orang Melayu menampakkan peningkatan yang positif. Jika selama ini sebahagian besar masyarakat Melayu menganggap urusan politik terserah kepada orang politik sahaja, kini orang Melayu lebih kritis dan prihatin dengan persoalan kenegaraan. Gelombang reformasi yang dibawa oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim lewat tahun 1998 sedikit sebanyak mempengaruhi tingkah laku politik bangsa Melayu. Orang Melayu sekali lagi turun beramai-ramai di jalan-jalan utama untuk meluahkan perasaan mereka. Suatu yang hanya terjadi sewaktu sebelum merdeka iaitu ketika orang Melayu menolak cadangan Malayan Union.

Gelombang kesedaran politik ini berkekalan sehingga Pilihanraya Umum Ke-12 baru-baru ini yang menyaksikan lima negeri dikuasai Pakatan Rakyat (PKR-PAS-DAP). Fenomena politik yang belum pernah disaksikan ini melambangkan bahawa orang Melayu dari golongan atasan hinggalah peringkat bawahan telah celik dalam soal politik. Kemenangan Pakatan Rakyat (sebelum ini Barisan Alternatif) di negeri-negeri yang majoriti orang Melayu seperti Kelantan dan Kedah menunjukkan bahawa orang Melayu telah berani mengambil risiko dalam politik.

Kekalahan UMNO yang merupakan parti utama orang Melayu di lima negeri tersebut tidak bermakna kuasa politik orang Melayu sudah susut. Malah, tsunami politik pada Mac 2008 yang lalu membuka jalan kepada kebangkitan Raja-Raja Melayu. Raja-Raja Melayu yang sekian lama mendiamkan diri dari pentas politik tanah air telah membuka mata para ahli politik bahawa titah DiRaja masih berbisa. Ini berlaku di Terengganu, Perak dan Perlis.

Faktor-faktor Perubahan Tingkah Laku

Pemimpin dan cendekiawan Melayu tdak boleh selamanya menyalahkan Barat di atas kebejatan sosial yang melanda. Pembongkaran demi pembongkaran permasalahan yang dihadapi oleh golongan belia Melayu perlu diambil tindakan serius dan segera. Antara faktor dominan yang dikenal pasti mempengaruhi tingkah laku remaja adalah media massa. Pakar perunding psikiatrik kanak-kanak dan remaja, Profesor Dr. Kasmini Kassim mendapati melalui penyelidikan, media mempunyai pengaruh kuat dalam pembentukan sikap ganas remaja yang terjebak dalam salah laku jenayah. Program berbentuk keganasan dan lambakan majalah berunsur lucah di pasaran pastinya merosakkan usaha menyemai nilai-nilai murni dalam diri remaja kita.

Keruntuhan institusi kekeluargaan juga mempunyai impak yang besar dalam pembentukan sistem nilai masyarakat. Rata-rata golongan menengah Melayu yang hidup mewah tidak dapat lagi membezakan antara kasih-sayang dan wang ringgit. Mereka menganggap dengan memberi kemewahan hidup dapat menggantikan kasih sayang. Tanpa disedari mereka sendiri menyemai sifat materialistik dalam diri anak-anak mereka. Ini akhirnya mengundang bencana kerana menurut ahli psikologi, masyarakat yang tidak diberikan kasih-sayang tidak akan tahu memberikan kasih sayang.

Budaya apakah yang telah melanda orang Melayu abad ke-21 ini? Bagaimanakah bentuk masyarakat Melayu 20 tahun dari sekarang? Inilah dilemma dan halangan yang harus difahami dan diatasi oleh pemimpin, cendekiawan dan masyarakat Melayu sekarang. Bangsa Melayu tidak boleh asyik bercakaran sesama sendiri dan membiarkan martabat bangsa berkubur. Pemimpin Melayu harus merenung sejarah dan mengenalpasti faktor utama mengapa bangsa Melayu mundur dan bagaimana ia boleh kembali menyinar. Jika gelombang ketamadunan pertama dan kedua ditunjangi oleh kehadiran Islam, mungkinkah pembentukan personaliti kelas pertama juga perlu kepada kehadiran sinar Islam? Hanya orang Melayu yang dapat menentukan survival bangsanya.

Psikologi Bangsa Melayu: Dulu dan Kini Siri 1

Oleh: A. Amri

Asal Usul Perwatakan Melayu

Apabila berbicara perihal psikologi bangsa Melayu, kita harus membicarakan dua perkara pokok, iaitu identiti asal orang Melayu serta faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukannya, dan faktor-faktor yang telah mengubah atau yang akan mengubah perwatakan bangsa Melayu. Perbincangan ini cuba mengupas pandangan beberapa cendekiawan Melayu berkenaan permasalahan dan cabaran orang Melayu dalam pembentukan personaliti ‘Melayu Kelas Pertama’.

Melayu tradisional adalah satu bangsa yang amat menekankan nilai-nilai sosial. Nilai-nilai ini dipupuk sejak di peringkat kanak-kanak bagi memastikan kelakuannya bersesuaian dengan kehendak masyarakat. Konsep ‘malu’, ‘harga diri’ dan ‘maruah’ mempunyai kepentingan sosial dan nilai-nilai ini dipertahankan habis-habisan.

Orang Melayu dahulu juga dikenali sebagai bangsa yang berbudi bahasa dan hormat menghormati, terutamanya terhadap orang yang lebih tua dan pemimpin mereka. Penekanan terhadap adab dan kesopanan dapat diperhatikan dalam kehidupan beraja. Dalam Sejarah Melayu, dinukilkan betapa pentingnya seorang Sultan atau anak Raja memiliki akhlak yang mulia.
Bakal Sultan dilatih dan dididik agar berketrampilan di mata masyarakat. Di samping meneruskan satu imej sejak turun-temurun, maruah juga dipertaruhkan. Persepsi masyarakat ketika itu, seorang Sultan yang baik adalah Sultan yang mempunyai adab di samping sifat kebijaksanaan.
Budaya dan identiti masyarakat Melayu ketika itu dipengaruhi oleh beberapa faktor, dan yang paling utama adalah kedatangan Islam ke alam Melayu. Kedatangan Islam ke Asia Tenggara pada kurun ke-14 telah membawa perubahan ketara dalam peradaban masyarakat Melayu. Menurut Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas, agama Islam sebenarnya telah mewujudkan identiti bangsa Melayu yang tersendiri.

Meneliti sejarah Kesultanan Melayu Melaka, kita akan mendapati permulaan satu bangsa Melayu yang bertamadun. Bermula dengan Islamnya pemimpin Melayu ketika itu, dan tindakan itu kemudiannya diikuti oleh sekalian rakyat jelata. Orang Melayu juga amat menyanjung dan menghormati golongan alim ulama dan tokoh agama. Guru-guru di zaman awal kemerdekaan dianggap sebagai profesion yang amat mulia dan disanjung tinggi.

Kehalusan budi orang Melayu yang disulam dengan keiklasan iman turut diabadikan di dalam perkataan ‘budiman’ yang mencantumkan makna budi dan iman. Budaya dan tradisi bangsa Melayu bukan sekadar disesuaikan dengan ajaran Islam, bahkan budaya itu sendiri dibina berasaskan nilai-nilai Islam. Tidak keterlaluan jika dikatakan sistem nilai orang Melayu hampir keseluruhannya dibentuk oleh Islam. 

Tun Dr. Mahathir Mohamad turut mengakui pengaruh Islam terhadap nilai dan etika Melayu melalui buku kontroversi beliau, The Malay Dilemma. Namun, menurutnya, interpretasi yang salah terhadap agama telah menyebabkan orang Melayu terjebak dengan sikap-sikap yang lari daripada landasan agama seperti tidak berani mengambil risiko, tidak tahu merancang dan berpada dengan hidup yang sederhana. Menurutnya lagi, budaya juga merupakan antara sebab orang Melayu kian mundur berbanding bangsa lain. Budaya yang dimaksudkannya ini berpunca daripada faktor persekitaran dan bukan sifat semulajadi orang Melayu.
 
Antara sikap yang diperincikan Tun Dr. Mahathir adalah sikap ‘easy going’ atau sikap ‘tak mengapa’ yang menyebabkan bangsa Melayu terkebelakang dalam bidang perniagaan berbanding bangsa Cina. Sikap ini juga menyebabkannya mudah dieksploitasi dan menyerah kalah. Orang Melayu juga sering mahukan keuntungan segera serta tidak tahu menilai wang. Perkara yang sama telah diungkapkan oleh Profesor DiRaja Ungku Aziz iaitu orang Melayu hanya tahu sesuatu perkara itu banyak atau sedikit tetapi tidak tahu nilai nombor tersebut.

Dalam buku The Way Forward, Tun Dr. Mahathir telah menyalahkan penjajah di atas sikap negatif orang Melayu. Dasar pecah dan perintah British telah melemahkan masyarakat Melayu dari segenap penjuru. Berbeza pula dengan pandangan Datuk Dr. Hassan Ahmad, bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, yang percaya sikap malas bekerja, suka berpesta dan berpoya-poya orang Melayu adalah ciptaan penjajah Barat yang memandang rendah terhadap masyarakat Melayu atau dalam istilah mereka ‘the natives’ yang merujuk kepada masyarakat yang tidak bertamadun. Persepsi negatif terhadap orang Melayu ini pula terus dipegang oleh orang Melayu sendiri sehingga hari ini.
 
Menurut Dr. Sidek Fadzil, rasa tidak selamat terhadap kuasa Barat turut mendorong orang Melayu menjadi lebih Islamik. Maka sekitar 1950-an muncul nama-nama seperti Dr. Burhanuddin al-Helmi, Pendeta Za’ba dan Profesor Zulkifli Muhammad, cendekiawan Melayu berfahaman Islam moderat yang menyemarakkan kebangkitan semula orang Melayu. Mereka adalah antara tokoh-tokoh orang Melayu yang menentang kehadiran British di Tanah Melayu ketika itu. Kesedaran untuk mengubah nasib bangsa ini sekali lagi disemarakkan oleh sentimen kebangkitan Islam selepas kejatuhan Khalifah Turki Uthmaniah.

Friday, July 1, 2011

Hala Tuju Pelajar Sekarang: Satu Renungan

Relaxlah Bro, pekena dulu sebatang, kelas lambat lagi, alah, kita yang bayar  yuran, apa nak takut''. Itulah ayat yang saya selalu dengar daripada mulut pelajar-pelajar melayu di sebuah kolej yang agak ternama di Ibu Kota K.Lumpur berhampiran tempat keraja saya.

Kadangkala terfikir juga dibenak  saya kenapa anak melayu terlalu suka berseronok hingga seolah-olah lupa akan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai pelajar. Harapan ibubapa mereka adalah untuk melihat anak-anak berjaya sehingga sanggup membelanjakan wang ringgit asalkan kemahuan anak-anak dapat dicapai. Kadangkala golongan pelajar ini langsung tidak mempunyai rasa bersalah ketika ponteng kelas, merokok dan adakalanya berpelukan dengan teman wanitanya. Seolah-olah bagi mereka perbuatan tersebut bukanya satu kesalahan yang besar di zaman moden ini.

Berbalik kepada alam persekolahan dulu dengan zaman sekarang, terlalu banyak jurang perbezaannya. Pada zaman  persekolahan  dulu, kenakalan pelajar juga wujud tetapi tidaklah seteruk zaman sekarang. Kalau pelajar didapati bersalah mereka akan bersedia untuk menerima hukuman terhadap kesalahan yang mereka lakukan. Di samping itu, rasa hormat kepada guru dan orang tua amat menebal dalam diri pelajar walau senakal manapun. Mereka jarang sekali untuk menunjuk-nunjuk mereka merokok, lumba haram dan sebagainya tetapi pada hari ini rasa malu kepada orang-orang tua atau  orang yang lebih dewasa daripada mereka amat kurang sekali dikalangan pelajar . Apatah lagi kalau individu berkenaan bukanlah dari kalangan keluarga mereka sendiri.

Kepercayaan masyarakat terhadap institusi pendidikan pada hari ini juga didapati telah mengalami perbezaan yang ketara. Kalau dulu peranan pendidik amat dipandang tinggi oleh masyarakat kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Ini bukan bermaksud untuk mengatakan pendidik sekarang tidak berilmu. Segala tindakan dan keputusan yang dibuat oleh pendidik terhadap pelajar-pelajarnya akan diterima oleh ibubapa atau masyarakat dengan penuh kepercayaan tugas dan peranan pendidik untuk mendidik anak-anak mereka. Tanggungjawab yang diamanahkan kepada golongan pendidik  pada masa dahulu telah digunakan dengan sebaik mungkin dalam memastikan pelajar-pelajarnya mencapai kejayaan atau setidak-tidaknya berjaya  menjadi 'manusia'.  Ini menyebabkan golongan pendidik amat merasai mereka amat dihargai oleh ibu bapa dan masyarakat sendiri.

Kalau kita perhatikan didikan dirumah juga memainkan peranan penting dalam membentuk jatidiri pelajar-pelajar. Kualiti masa bersama anak-anak juga akan membentuk corak perilaku pelajar-pelajar sekarang. Pada masa sekarang perhatian ibubapa terhadap anak-anak semakin berkurangan disebabkan tuntutan hidup mengejar kebendaan dan wang ringgit. Bagi keluarga yang berjaya menguruskan perkara ini tiada masalah bagi mereka. Tapi bagaimana pula bagi keluarga yang tidak mempunyai sistem ekonomi dan nilai keagaaam yang kukuh.

Sebagai contoh, ibubapa saya sendiri juga tidak mempunyai pendidikan formal. Mereka hanya boleh mebaca  saja. Itupun dah  dikira beruntung kerana ramai lagi yang langsung tidak tahu membaca. Saya pula dari dari sekolah rendah  dulu selalu mendapat antara markah yang tertinggi di kalangan rakan-rakan. Ini amat membanggakan ibubapa saya walaupun ianya hanyalah diperingkat sekolah rendah sahaja. Pujian dan harapan yang diberikan oleh ibubapa saya kepada guru amat tinggi hingga pada satu ketika, ayah saya sendiri sanggup menunggu guru yang mengajar saya selama berjam-jam untuk mengucapkan terima kasih kepada guru berkenaan. Ini menunjukkan nilai dan penghormatan masyarakat terhadap peranan guru atau pendidik amat tinggi.

Pada hari ini juga didapati kesedaran yang melampau tentang pentingnya pelajaran  dan sikap berlumba-lumba ibubapa untuk memastikan kejayaan anak-anak hingga kadangkala terpaksa mengorbankan masa remaja dan zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, kadangkala zaman kanak-kanak yang sepatutnya seorang kanak-kanak kecapi terpaksa dikorbankan demi mencapai cita-cita ibubapa. Anak-anak seawal darjah satu telahpun dihantar ke kelas-kelas tuisyen bagi memastikan pelajaran anak-anak sentiasa cemerlang. Ini ditambah pula dengan sistem pendidikan sekarang yang lebih berorientasikan pepereksaan  berbanding pembangunan pemikiran dan keagamaan serta sosial pelajar menyebabkan  lahirnya  pelajar  mahupun lulusan universiti sendiri yang tidak  dapat berfikiran secara kreatif  dan kurang peka terhadap masalah persekitaran dan isu-isu semasa. Saya kadangkala juga dilantik menjadi panel penemuduga bagi jawatan dalam agensi kerajaan. Apabila diajukan soalan kepada lepasan universiti sendiri didapati pemikiran  dan  pendapat mereka agak terbatas terutama berkaitan dengan isu-isu semasa yang berlaku dalam negara. Apatah lagi untuk  mengemukakan soalan yang berbentuk pengetahuan am yang rata-rata amat sukar untuk dijawab.

Dalam hal ini  semua pihak termasuk ibubapa, guru-guru, pendidik, ahli masyarakat seharusnya mengambil peranan penting dalam memastikan masalah sosial pelajar-pelajar khususnya golongan bumiputera dapat dibendung dan membantu kerajaan dalam mewujudkan modal insan yang kreatif dan inovatif.

Institusi kekeluargaan dan institusi persekolahan merupakan asas ayang penting dalam membentuk kecemerlangan pelajar-pelajar pada hari ini.  Amanah yang dipikul oleh pihak sekolah  atau institusi pendidikan akan menentukan masa depan pelajar atau remaja terbabit. Sistem pendidikan yang  berorientasikan pepereksaan  sekarang harus dikaji semula bagi menghadapi perkembangan dan cabaran dunia global.

Apabila Gendang Cina Berbunyi

Saya bukanlah jenis racist. Tetapi sejak akhir-akhir ini senario politik dalam negara mendorong  saya untuk sama-sama berkongsi pendapat dalam ruangan ini. Saya sebenarnya mempunyai ramai kawan berbilang bangsa di negara kita ini malah kawan-kawan saya ramainya terdiri daripada bukan melayu berbanding dengan orang-orang melayu sendiri. Bagi saya sepanjang berkawan dengan mereka tiada masalah atau isu-isu sensitif dibangkitkan sebab kami masing-masing memahami budaya dan adat resam masing-masing.

Tetapi  dalam ruangan ini saya ingin membawa persoalan mengenai tajuk saya di atas. Terpulang kepada kita untuk memberi tafsiran mengenai tajuk di atas. Sejak akhir-akhir ini telah ada suara orang-orang bukan melayu secara lantang menentang secara langsung atau tidak langsung mengenai keistimewaan orang melayu dan agama islam di negara kita. Ini ditambah lagi dengan senario politik pada hari ini yang secara terang-terangan  apa yang termaktub dalam perlembagaan negara dipersoalkan . Bermula dengan isu keistimewaan orang-orang melayu sehinggalah kepada permasalahan agama islam mula dibangkitkan oleh orang-orang bukan melayu khususnya yang bukan beragama islam. Kalau sebelum ini tidak pernah kita terdengan orang-orang cina mengambil berat tentang peruntukkan untuk membina masjid tetapi hari ini secara nyata ditentang sehingga dibawa ke dewan yang mulia iaitu di persidangan Parlimen.

Kalau kita perhatikan senario perkembangan ekonomi di kalangan penduduk Malaysia ini, rata-rata  sumber kegiatan ekonomi  sebenarnya  memang dimonopoli oleh orang-orang cina. Tetapi perkara ini jarang sekali ditimbulkan oleh orang-orang melayu kerana bagi orang-orang melayu selagi bangsa lain tidak menindas mereka secara terang-terangan mereka tidak akan cepat untuk melatah kecuali isu-isu sensitif dibangkitkan. Malah dalam bidang perniagaan-perniagaan yang besar  kebanyakkan yang berjaya adalah daripa orang-orang cina. Perkara ini memang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. Justeru itu, jangan kerana orang-orang cina menguasi sebahagian besar ekonomi negara, perkara-perkara sensitif orang-orang melayu khususnya islam dipertikaikan. Saya masih ingat semasa zaman remaja dulu, keluarga saya memang mempunyai rakan-rakan daripada kaum lain khususnya orang-orang cina. Tiada masalah bagi kami malah hubungan tersebut amat erat. Di setiap musim perayaan kami akan sentiasa kunjung mengunjungi anta satu sama lain dan tidak wujud sedikitpun rasa sangsi dengan kaum cina ini.

Kedaaan pada hari ini telah berubah. Senario politiklah yang banyak memainkan peranan utama yang merubah keadaan ini. Bagi negeri-negeri yang penduduknya yang ramai di kalangan-kalangan orang-orang cina mula mempertikaikan  hak dan keistimewaan oarang melayu dan kesucian agama islam. Ini jelas berlaku di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan lain-lain negeri yang mempunyai ramai penduduk cina. Cuba kita renungkan kenapa perkara ini jarang dibangkitkan oleh masyarakat cina di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Mungkinkah orang-orang cina di negeri-negeri  tersebut mempunyai hubungan yang harmoni degan orang-orang melayu atau kerana mereka ini mempunyai bilangan yang sedikit saja. Kelantan sebagai contohnya, orang-orang cina jarang sekali dilihat untuk bermusuhan dengan orang-orang melayu malah mereka berkawan rapat samada dari segi persahabatan atau peluang perniagaan. Malah di negeri Kelantan sendiri di lihat kuasa ekonomi orang-orang melayu dan cina adalah seimbang berbanding dengan negeri-negeri lain. Persoalannya mungkinkah disebabkan jumlah orang-orang cina di negeri-negeri tersebut adalah sedikit sehingga mereka tidak begitu berani untuk bersuara atau mungkinkah acuan negeri tersebut adalah berasaskan sifat toleransi antara agama. Persoalan itu mungkin kita sendiri boleh menjawabnya.

Dalam bidang perniagaan ada pepatah menyatakan bahawa  bukan orang-orang cina kalau tidak menipu. Saya tidak  pasti samada benar atau tidak. Tapi kalau difikirkan secara profesional perkara ini adalah retorik semata-mata. Kejayaan orang-orang cina adalah kerana kegigihan dan kekuatan sumber ekonomi dan perasaan kekitaan di kalangan mereka. Cuma kadangkala perasaan sangsi  terhadap orang-orang cina dalam  perniagaan ada juga benarnya. Sebagai contoh yang agak mudah untuk difahami, baru-baru ini saya ke kedai telefon untuk membeli telefon bimbit second hand saja. Ada resit pembeliaan diberi kepada saya. Saya mengambil telefon tersebut dan terus balik ke rumah tanpa memeriksa terlebih dahulu telefon tersebut. Memang silap saya.Sampai di rumah saya cuba untuk menggunakan telefon tersebut tapi malangnya ianya telah rosak. Keesokan harinya saya ke kedai telefon tersebut dan memaklumkan perkara tersebut kepada pemilik kedai tetapi dinafikan  malah pemilik kedai berbangsa cina itu menyatakan bahawa telefon yang saya terima dalam keadaan elok  semasa dibeli. Saya bukannya meminta untuk ganti lain tetapi kalau boleh gantilah yang lain atau baiki kerosakan tersebut. Sebaliknya dengan bahasa yang agak kasar menolak permintaan saya. Saya dengan marahnya menghempas telefon tersebut ke lantai tanpa memikirkan lagi soal kerugiaan dan orang ramai yang lalu lalang. Terdengar juga perkataan orang ramai yang lalu lalang melalui kedai tersebut yang menyebut "hempas je bang kat muka dia orang tu, biar dia orang sedar sikit, nak menipupun janganlah keterlaluan, saya dah dua tiga kali terkena.Teruja dengan kata-kata tersebut memanggil pekerja kedai tersebut dan bertanyakan siapa pemilik kedai dan juga bertanya samada     dia mahu jual atau tidak kedai telefonnya.Saya sanggup membelinya dan kata saya  hari  tu juga saya akan bayar jika beliau setuju walaupun dalam hati kecil mana aku nak cari duit nak membeli kedai telefon tersebut. Nasib baik juga pemilik kedai tidak mahu menjualnya kalau tak susah juga saya. Rasa penyesalan juga ada dalam diri saya disebabkan tindakan tersebut.

Itu merupakan persoalan yang cuba saya bangkitkan untuk renungan bersama. Saya tak nak mengupas dengan panjang lebar isu ini kerana risau juga kalau dilabel sebagai racist khususnya oleh kawan-kawan sendiri. Ini bukan bermakna saya takut. Kalau ikutkan beratus muka surat pun belum tentu cukup masa untuk membicarakan perkara ini.

Tuesday, June 21, 2011

BUAT SEKARANG JUGA

Mungkin anda tidak ada apa yang silap
Cara anda hidup, kerja yang anda buat
Tapi saya nampak jelas
Di mana silapnya saya
Saya bukan malas
Atau sengaja mengelak tugas
Saya kerja keras macam orang lain juga
Tapi saya sempurnakan sedikit sahaja
Pagi berlalu, petang pun dah tiba
Sedar-sedar malam menjelma

Rata-rata saya kesal
Sekeliling saya banyak perkara belum selesai
Jikalau saya ni dapat teratur sedikit
Sekali-sekala saya sedar
Bukan semuanya bergantung atas manusia
Manusia itu mesti merancang

Anda nampaknya mungkin tiada masalah
Tapi begini masalah saya seharian
Saya buat kerja yang tidak begitu mustahak
Juga tidak seberapa pun
Tapi nampaknya sangat mustahak
Sehinggalah saya biarkan saja

saya petik itu, petik ini
Tapi saya tidak habiskan apa yang saya buat
Saya kerja kuat macam orang lain juga
Namun sedikit sahaja yang saya capai
Sebenarnya anda pasti hairan
Banyak yang boleh saya capai
Kalaulah saya dapat menyusun rancangan

(Douglas Malloch, terjemahan Shukri Ibrahim)

Tuesday, June 14, 2011

Budaya Fitnah Dalam Masyarakat

Setiap hari kita dihujani dengan berbagai-bagai fitnah dan pembohongan yang kita dengar, baca dan  mungkin menerimanya . Perkara ini kalau tidak dibendung boleh merosakkan akhlak dan akidah masyarakat kita. Budaya fitnah ini juga bukan saja boleh merosakkkan sistem kekeluargaan tetapi juga akan menjatuhkan maruah dan integriti sesebuah negara.

Kita seolah-olah bermegah dengan berita-berita sensasi yang dicanang di seluruh  pelusuk negara. Persoalan keaiban manusia dan individu ditelanjangkan seluas-luasnya sehingga kadangkala seolah-olah merupakan satu budaya baru dalam masyarakat kita.

Sebagi contohnya kita dihidangkan dengan tuduhan dan fitnah penglibatan Pendana Menteri dalam pembunuhan wanita Monggolia  yang diwarwarkan seolah-olah kita sendiri melihat kejadian tersebut, kisah fitnah ketua pembangkang dengan pelbagai masalah seks, kisah-kisah perlakuan seks oleh orang-orang kenamaan dan pelbagaI lagi yang kita sendiri tidak mengetahui hujung pangkalnya.


Ulama-ulama politik pula kelihatan seolah-olah memberi kenyataan dan fatwa yang hanya menguntungkan mereka walaupun mereka sedar tindakan tersebut adalah salah. Kepada yang dituduh cubalah muhasabah diri kita kenapa kita dituduh dengan tuduhan dan perlakuan-perlakuan yang amat menjijikkan itu. Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Kita kena sedar perkara yang paling utama adalah setiap perbuatan, fitnah dan tohmahan yang dilemparkan pastinya ada pembalasan dari ALLAH nanti.







Thursday, June 9, 2011

Pilihanraya Masjid di Penang, DAP Laknatullah

Saya amat terkejut dengan perkembangan terbaru di Pulau Pinang bahawa mereka akan mengadakan pilihanraya Masjid di setiap negeri itu dengan proses dan prosedur yang menyerupai pilihanraya, siap dengan kempen dan sebagainya.

Saya ingin memberitahu bahawa memang kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, walaupun Yang Dipertuan Agong merupakan ketua agama Islam di negeri itu. Saya akan nyatakan sebabnya di sini.

Walaupun Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan YDPA sebagai ketua agama Islam di negeri-negeri tidak beraja seperti Melaka, Penang, Sabah dan Sarawak, itu tidak memberi sebarang kuasa eksklusif kepada Baginda kerana Agong 'act on advise'. Bermaksud Agong harus bertindak atas nasihat ketua kerajaan.

Ini merupakan tradisi yang telah diamalkan sekian lama dan diwarisi oleh sistem pemerintahan British lagi. Artikel 40(1) Perlembagaan Persekutuan mengesahkan posisi ini.

Jika dirujuk Artikel 5(3) Perlembagaan Pulau Pinang, ia menyebut 'the legislature shall by law make provision for regulating Islamic religious affairs and for constituting a Council to advise the YDPA in matters relating to the religion of Islam'.

Perkataan 'advise' yang terdapat di situ menunjukkan YDPA harus bertindak atas nasihat kerajaan. Ini bermakna jika MAIPP dan Exco Agama Pulau Pinang mahu cadangan ini diteruskan, ia akan memaksa baginda YDPA tiada pilihan tetapi bertindak atas nasihat mereka.

Bagaimanapun YDPA mempunyai cara untuk melewatkan permintaan mereka dengan mengarahkan perkara ini dirujuk kembali selepas perbentangan dilakukan terhadap Baginda. Namun, 30 hari selepas itu, perkara ini akan secara automatic menjadi undang-undang. Dengan kata lain, Agong hanya mempunyai kuasa untuk melewatkan namun tidak untuk membatalkan cadangan tersebut.

Saya ingin tegaskan jika cadangan ini diteruskan, ia akan menyebabkan orang Melayu terus berpecah dan mengukuhkan kuasa DAP di Pulau Pinang. Melayu masih majoriti di Pulau Pinang dengan 43%, Cina 41% dan India 10%. Jika ini diteruskan, Melayu pulau Pinang akan berpecah dan DAP dapat mengukuhkan lagi kuasa mereka menjelang pilihanraya umum ke-13.

Yang kedua, ini salah satu lagi usaha DAP untuk 'mendemokrasikan' lagi masjid dan surau dalam usaha menyerapkan lagi agenda kepartian dan asobiyah di kalangan orang Islam di Pulau Pinang.

Saya amat kecewa MAIPP dan exco agama Pulau Pinang sendiri yang menjadi dalang kepada agenda jahat ini.

'Jangan Melayu lawan Melayu'
Siddiq Azani
Posted by GAP KEMBALI at 9:30 AM

Wednesday, April 20, 2011

Ayuh, Gerakkan segera 1Melayu, i Bumi

Ayuh! Gerakkan segera 1Melayu, 1Bumi
Oleh Zaini Hassan- Utusan Malaysia


ORANG Cina telah bersatu. Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak telah membuktikannya. Malah, sebenarnya orang Cina telah pun bersatu sejak dulu lagi.
Perkembangan politik muaasir (kontemporari), selepas era-Mahathirisme dan semasa era-Abdullahisme telah membuktikan ikatan orang Cina lebih utuh dan berpadu. Hubungan kekitaan, kekeluargaan serta brotherhood dan ukhwah orang Cina lebih erat, tanpa boleh ditandingi oleh mana-mana kaum di atas muka bumi Malaysia ini.

Walaupun antara mereka berlainan haluan politik, tapi apabila sampai masa menentukan arah untung nasib kaum Cina – mereka akan bersatu atas pangkahan undi yang sama.Dalam ekonomi, mereka membantu antara satu sama lain. Dari sekecil-kecil ekonomis kepadalah yang sebesar-besarnya, mereka akan tolong-menolong antara satu sama lain.Budaya telah berjaya menyatupadukan orang Cina. Dalam masyarakat Cina tiada istilah bidaah yang boleh memesongkan mereka daripada soal budaya dan adat resam bangsa. Bahasa Cina diangkat tinggi, malah ada yang kata orang Cina yang tidak boleh membaca Cina pun akan turut membantu membeli akhbar Cina. Maka itu, akhbar Sin Chew Jit Poh – suara keramat orang Cina, menjadi antara akhbar yang paling tinggi edaran dan keuntungannya di Malaysia.Sekolah Cina terus dijadikan sebagai cagaran politik utama – yang tidak boleh dikompromi sama sekali. Pendek kata, orang Cina sebenarnya amat beruntung sekali berada di bumi Malaysia ini. Mereka telah menguasai segala-galanya. Sepuluh teratas orang mereka adalah bilionaire Malaysia. Sebahagian besar kedai yang ada di atas muka bumi Malaysia ini milik mereka. Hampir semua pelajar yang belajar di universiti swasta dan IPTS ternama dan mahal-mahal di negara ini rata-ratanya orang mereka.

Saya telah nyatakan perkara itu dalam Cuit bertajuk Apa lagi orang Cina mahu? tahun lepas. Tulisan itu dipetik sepenuhnya oleh akhbar Straits Times Singapura dan surat pembaca yang saya terima dari republik itu menyokong penuh tulisan itu. Apa yang saya katakan ini adalah hakikat atau fakta.Hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuh oleh orang Cina, yang lain semua sudah. Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia.Slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina. Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini.Terus terang saya katakan, saya amat menyanjungi orang Cina. Mereka mempunyai matlamat dan masa depan yang cukup jelas. Walaupun tindakan itu berbau politik atau bukan, soalnya mereka cukup bersatu. Politik digunakan sebaik-baik mungkin untuk menyatupadukan kaum itu. Kita jangan salahkan DAP. Apa yang DAP lakukan itu amat betul untuk masa depan kaumnya. Jika Pas dipergunakan oleh DAP untuk memecahkan bangsanya sendiri, itulah operatif licik DAP. DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina. MCA gagal dan SUPP pun gagal. Itu hakikat atas kertas. Malah seorang sahabat saya berbangsa Cina, pengarang sebuah akhbar ternama bersetuju bahawa orang Cina kini ke arah menyokong pembangkang. Pilihan Raya Umum Ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka.Sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru.

Apa yang harus UMNO lakukan? UMNO harus berfikiran seperti DAPkah? Pandangan saya, apa yang UMNO harus lakukan sekarang, di masa yang amat terdesak sekarang, ialah melancarkan gelombang perpaduan bangsa – 1Melayu, 1Bumi. Lancarkan segera 1Melayu, 1Bumi dalam lingkungan UMNO dan parti-parti Melayu yang lain. Jika Pas degil dan tidak mahu ikut serta, gabungkan dengan puluhan NGO-NGO Melayu yang kini tumbuh bagaikan cendawan di atas bumi Malaysia ini. Perlu diingat NGO-NGO itu wujud kerana mereka dahagakan wadah perjuangan untung nasib bangsa semakin ditinggalkan. UMNO harus tarik pertubuhan sukarela ini ke hadapan dan menjadi juara semula dalam soal ini.Persetankan Pas yang ternyata telah menggadaikan perjuangan bangsa Melayu untuk kepentingan politik totok mereka. Hairan sungguh, para penyokong Pas akan menjadi lebih kuah daripada sudu semasa berkempen, dan mereka tidak pernah sedar bahawa secara senyap-senyap DAP cukup strategik mempermainkan mereka.Saya kira, sekiranya lima kerusi Pas di Sarawak itu ditandingkan di kawasan Cina sudah pasti mereka akan menang dan ada wakil dalam dewan undangan negeri. Tapi DAP telah mempermainkan mereka. Pas diletakkan di kawasan kaum bumiputera, bagi membolehkan kaum bumiputera terus berpecah. Pas seperti biasa, tidak sedar semua itu. Dalam usaha meniupkan gelombang 1Melayu, 1Bumi, tidak salah 1Malaysia diteruskan kerana ia adalah dasar jangka panjang negara. Parti komponen Cina dalam BN pun tidak akan marah jika UMNO melancarkan gagasan 1Melayu, 1Bumi kerana bagi mereka orang Cina telah pun bersatu.Tidak salah bagi orang Melayu melancarkan seruan 1Melayu, 1Bumi kerana orang Melayu sendiri belum bersatu.Dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini, saya ada mengatakan orang Melayu berpecah kepada enam golongan. Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR, Melayu DAP, Melayu Liberal dan Melayu Atas Pagar. Orang Melayu cukup berpecah. Orang Cina tidak akan marah sekiranya orang Melayu bersatu kembali. Mungkin DAPlah yang tidak selesa kerana matlamat mereka untuk memecah-belahkan lagi orang Melayu akan gagal.Bagi DAP, selagi konsep Malaysia Malaysian mereka tidak berlaku, selagi itu mereka akan berusaha keras untuk menjayakannya.

UMNO harus meniupkan gagasan 1Melayu, 1Bumi ini segera. Orang Melayu harus disatukan segera bagi memastikan mereka menguasai semula politik yang semakin terhakis daripada tangan mereka. Walaupun Melayu berpecah, namun ada lagi suara-suara segelintir yang amat sayangkan bangsa. Seorang sahabat umpamanya, menghantar SMS semasa tulisan ini ditulis berbunyi: “Tolong tulis...BN jangan lagi bagi kawasan majoriti Melayu kepada wakil MCA, Gerakan dalam PRU akan datang... cukup sudah pengorbanan UMNO yang dibalas dengan tuba. MCA dan Gerakan WAJIB akur kerana kalau mereka kalah dengan DAP, wakil mereka tak perlu dilantik dalam kerajaan.Itu ialah suara marah. Orang Melayu marah. Tapi kita harus rasional. Susun semula barisan dan gelombang satukan orang Melayu.

Saya bercakap bagi pihak bangsa saya. Gagasan inilah yang turut dimainkan oleh sahabat saya, saudara Ridhuan Tee Abdullah, seorang mualaf Cina yang cukup kental jiwa ultra-Melayunya. Orang Cina amat tidak menggemari beliau di atas semangat assabiyah Melayu beliau itu.Namun bagi Ridhuan, dan orang Melayu yang lain, mereka amat khuatir dengan perkembangan mutakhir yang berlaku di negara ini sekarang. Namun, penghargaan harus diberi kepada kaum bumiputera Sarawak yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan begitu betul sekali.Saya angkat topi kepada kaum bumiputera Sarawak yang dilihat lebih matang daripada orang Melayu di Semenanjung. Sekiranya mereka tidak bersatu dalam pilihan raya 16 April lalu, maka Sarawak sudah tentu akan jatuh ke tangan orang lain. Orang bumiputera Sarawak telah memberi satu petunjuk yang amat berharga supaya diikuti oleh kaum Melayu di Semenanjung.Namun, orang Melayu Semenanjung berpecah enam. Mereka masih lagi berpecah enam. Oleh itu menjadi kewajipan UMNO; atas nama pejuang-pejuangnya yang terdahulu; dan sebagai parti induk orang Melayu; lancarkan segera slogan 1Melayu, 1Bumi bagi menggerakkan semula gelombang kebangsaan bangsa itu. Melayu harus dan wajib disatukan kembali sebagaimana kita mahu satukan orang Malaysia di bawah semangat 1Malaysia. Tiada makna adanya 1Malaysia, jika orang Melayu sendiri pun berpecah. Kini terletak dalam tangan UMNO untuk menentukan hidup atau mati bangsa ini. Orang Cina sudah ada 1Cina dalam erti kata tersendiri. Orang Melayu pun perlu ada 1Melayu, 1Bumi. Ayuh gerakkan!

Saturday, March 12, 2011

PENGELUARAN KWSP- KENAPA BANYAK KERENAH

Saya terpanggil untuk berkongsi pendapat dengan tuan-puan tentang perkara dan peristiwa yang dialami oleh rakan saya yang juga saya boleh kategorikan sebagai abang saya sendiri. Beliau telah mengemukan permohonan pengeluaran KWSP sejak awal Disember 2010 lagi. Apa yang mendukacita beliau ialah selepas dua minggu permohonan dibuat beliau telah ke pejabat KWSP untuk bertanyakan tentang status permohonannya dan amat mengembirakan hatinya apabila dimaklumkan bahawa permohonannya telah diluluskan. Beliau dimaklumkan bahawa duitnya akan dimasukkan terus ke akaun bank pada minggu berikutnya. Selang seminggu selepas dimaklumkan tentang kepetusan KWSP beliau mulalah berangan-angan dan pergi ke bank tiap-riap hari untuk melihat duit KWSP di bank.

Selama sebulan beliau

Tuesday, January 11, 2011

Daftar Perniagaan DBKL: Betulkah kena bayar 'Bawah Meja'.

Susah Encik Nuar, tak adakah En. Nuar kenal  orang kuat DBKL. Saya nak berniaga di Sentul, dah daftar perniagaan dengan SSM dan sekarang ni saya nak daftar perniagaan degan DBKL. Masalahnya ramai yang memaklumkan kepada saya kalau tak ada 'bawah meja' susah nak lulus daftar perniagaan, saya dahlah duit tak cukup, mana saya nak cari duit untuk sediakan benda tu. Itulah saya jumpa En.Nuar ni, nak pinjam duit sikit untuk urusan tersebut.

Saya cuba menjelaskan kepada beliau apa yang beliau dengar adalah cerita orang semata-mata. Kalau cukup kriteria yang diperlukan, adalah mustahil bagi DBKL untuk menghalang sebarang pendaftaran perniagaan seperti yang dimaklumkan.

Walau bagaiamanapun dalam hati kecil saya masih lagi tertanya-tanya betulkah perkara-perkara di atas terjadi dalam pemberian lesen perniagaan oleh DBKL. Perkara ini bukan sekali dua saya dengar, ramai yang bercerita mengenai perkara ini memang berlaku tetapi buktinya tak ada. Setakap cakap-cakap sahaja. Dalam hati kecil saya memepercayai perkara ini mungkin wujud. Tetapi itu pandangan peribadi saya, kita tak tahu cerita sebenar, mungkin ya mungkin tidak

Walaupun saya juga sangsi dengan cerita-cerita dan pandangan tersebut tetapi dalam masa yang sama saya tetap mempertahankan bahawa tidak perlu membayar sebarang imbuhan 'bawah meja' seperti yang dimaksudkan oleh kawan saya itu. Kita ada peraturan dan etika kerja dan perkara ini tidak sesekali boleh berlaku. Saya turut menjelaskan kepada kawan-kawan bahawa jika semua dokumen yang diperlukan lengkap dan mematuhi prosedur yang ditetapkan, masalah yang dialami oleh sebilangan bakal peniaga atau bakal peniaga tidak akan berlaku. Jangan gunakan orang tengah untuk menguruskan perkara ini.

Kepada kaitangan yang terbabit, jika betul dakwaan yang disuarakan oleh sebilangan ahli masyarakat, maka renung-renungkanlah tindakan dan perbuatan yang kita lakukan kerana hasil perbuatan dan kerja kita inilah yang digunakan untuk menyara diri dan keluarga.