Tuesday, January 11, 2011

Daftar Perniagaan DBKL: Betulkah kena bayar 'Bawah Meja'.

Susah Encik Nuar, tak adakah En. Nuar kenal  orang kuat DBKL. Saya nak berniaga di Sentul, dah daftar perniagaan dengan SSM dan sekarang ni saya nak daftar perniagaan degan DBKL. Masalahnya ramai yang memaklumkan kepada saya kalau tak ada 'bawah meja' susah nak lulus daftar perniagaan, saya dahlah duit tak cukup, mana saya nak cari duit untuk sediakan benda tu. Itulah saya jumpa En.Nuar ni, nak pinjam duit sikit untuk urusan tersebut.

Saya cuba menjelaskan kepada beliau apa yang beliau dengar adalah cerita orang semata-mata. Kalau cukup kriteria yang diperlukan, adalah mustahil bagi DBKL untuk menghalang sebarang pendaftaran perniagaan seperti yang dimaklumkan.

Walau bagaiamanapun dalam hati kecil saya masih lagi tertanya-tanya betulkah perkara-perkara di atas terjadi dalam pemberian lesen perniagaan oleh DBKL. Perkara ini bukan sekali dua saya dengar, ramai yang bercerita mengenai perkara ini memang berlaku tetapi buktinya tak ada. Setakap cakap-cakap sahaja. Dalam hati kecil saya memepercayai perkara ini mungkin wujud. Tetapi itu pandangan peribadi saya, kita tak tahu cerita sebenar, mungkin ya mungkin tidak

Walaupun saya juga sangsi dengan cerita-cerita dan pandangan tersebut tetapi dalam masa yang sama saya tetap mempertahankan bahawa tidak perlu membayar sebarang imbuhan 'bawah meja' seperti yang dimaksudkan oleh kawan saya itu. Kita ada peraturan dan etika kerja dan perkara ini tidak sesekali boleh berlaku. Saya turut menjelaskan kepada kawan-kawan bahawa jika semua dokumen yang diperlukan lengkap dan mematuhi prosedur yang ditetapkan, masalah yang dialami oleh sebilangan bakal peniaga atau bakal peniaga tidak akan berlaku. Jangan gunakan orang tengah untuk menguruskan perkara ini.

Kepada kaitangan yang terbabit, jika betul dakwaan yang disuarakan oleh sebilangan ahli masyarakat, maka renung-renungkanlah tindakan dan perbuatan yang kita lakukan kerana hasil perbuatan dan kerja kita inilah yang digunakan untuk menyara diri dan keluarga. 

No comments:

Post a Comment