Thursday, June 9, 2011

Pilihanraya Masjid di Penang, DAP Laknatullah

Saya amat terkejut dengan perkembangan terbaru di Pulau Pinang bahawa mereka akan mengadakan pilihanraya Masjid di setiap negeri itu dengan proses dan prosedur yang menyerupai pilihanraya, siap dengan kempen dan sebagainya.

Saya ingin memberitahu bahawa memang kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, walaupun Yang Dipertuan Agong merupakan ketua agama Islam di negeri itu. Saya akan nyatakan sebabnya di sini.

Walaupun Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan YDPA sebagai ketua agama Islam di negeri-negeri tidak beraja seperti Melaka, Penang, Sabah dan Sarawak, itu tidak memberi sebarang kuasa eksklusif kepada Baginda kerana Agong 'act on advise'. Bermaksud Agong harus bertindak atas nasihat ketua kerajaan.

Ini merupakan tradisi yang telah diamalkan sekian lama dan diwarisi oleh sistem pemerintahan British lagi. Artikel 40(1) Perlembagaan Persekutuan mengesahkan posisi ini.

Jika dirujuk Artikel 5(3) Perlembagaan Pulau Pinang, ia menyebut 'the legislature shall by law make provision for regulating Islamic religious affairs and for constituting a Council to advise the YDPA in matters relating to the religion of Islam'.

Perkataan 'advise' yang terdapat di situ menunjukkan YDPA harus bertindak atas nasihat kerajaan. Ini bermakna jika MAIPP dan Exco Agama Pulau Pinang mahu cadangan ini diteruskan, ia akan memaksa baginda YDPA tiada pilihan tetapi bertindak atas nasihat mereka.

Bagaimanapun YDPA mempunyai cara untuk melewatkan permintaan mereka dengan mengarahkan perkara ini dirujuk kembali selepas perbentangan dilakukan terhadap Baginda. Namun, 30 hari selepas itu, perkara ini akan secara automatic menjadi undang-undang. Dengan kata lain, Agong hanya mempunyai kuasa untuk melewatkan namun tidak untuk membatalkan cadangan tersebut.

Saya ingin tegaskan jika cadangan ini diteruskan, ia akan menyebabkan orang Melayu terus berpecah dan mengukuhkan kuasa DAP di Pulau Pinang. Melayu masih majoriti di Pulau Pinang dengan 43%, Cina 41% dan India 10%. Jika ini diteruskan, Melayu pulau Pinang akan berpecah dan DAP dapat mengukuhkan lagi kuasa mereka menjelang pilihanraya umum ke-13.

Yang kedua, ini salah satu lagi usaha DAP untuk 'mendemokrasikan' lagi masjid dan surau dalam usaha menyerapkan lagi agenda kepartian dan asobiyah di kalangan orang Islam di Pulau Pinang.

Saya amat kecewa MAIPP dan exco agama Pulau Pinang sendiri yang menjadi dalang kepada agenda jahat ini.

'Jangan Melayu lawan Melayu'
Siddiq Azani
Posted by GAP KEMBALI at 9:30 AM

No comments:

Post a Comment