Sunday, December 19, 2010

MANA PERGINYA PENGUATKUASAAN

Saban hari, dicorong radio, TV dan media massa sering diketengahkan dengan gejala judi cyber di pusat-pusat komputer dan sebagainya. Tapi masalah dan kegiatan perjudian di internet masih juga berleluasa. Yang menjadi mangsa adalah anak-anak melayu dan segelintir warga indonesia yang bersekang mata mencari rezeki dan kemudiannya dihabiskan di premis-premis perjudian. Operasi demi operasi dilakukan tetapi masalah ini tetap berlaku.

Ada di kalangan kawan-kawan mengeluh duit gajinya telah dihabiskan di mesin-mesin judi sedangkan keperluan anak isteri telah terabai. Kekadang kesian dengan apa yang berlaku ke atas mereka tetapi kadang-kadang aku juga benci dengan perangai mereka. Hari ni dia taubat tak nak berjudi tapi esok main lagi. Yang aku heran sangat ada pula duit untuk berjudi tetapi hutang aku belum juga dibayarnya.

Yang pihak berkuasa pula, seolah-olah memejam mata terhadap pusat perjudian ini walaupun berkali-kali operasi tetapi tetap juga ada pada keesokannya. Heran-heran, apa nak jadi dengan pihak berkuasa kita. Malah ada terdengar di kalangan rakan-rakan menyatakan pihak berkuasa mendapat bayaran bulanan itulah yang menyebabkan pusat perjudiaan ini tak dapat dihapuskan. Betul ke tidak aku tak tahu. Tapi kalau dilihat di sekitar Chow Kit, memang ada pusat-pusat perjudian yang tumbuh bagaikan cendawan walaupun operasi demi operasi dilakukan tetapi ia tetap tidak dapat dihapuskan. Malahan di sekitar balai polis sendiri terdapat pusat perjudiaan internet. Kalau logiknya sepatutnya masalah ini tidak ada di sekitar balai polis tetapi berlaku sebaliknya. Jadi di mana perginya penguatkuasaan. Kita sebagai ahli masyarakat boleh membuka minda dan mencari penyelesaiaan dan bukan menyalahkan mana-mana pihak dalam hal ini.

Harapannya menjelang  tahun 2011 nanti masalah ini dapat di atasi atau sekurang-kurangnya dapat dikurangkan demi menjaga dan memastikan masalah sosial dan isu sosial kesan daripada penyakit sosial ini dapat di atasi atau dikurangkan.

Thursday, April 8, 2010

DASAR SOSIAL NEGARA : PERANAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DALAM MENANGANI ISU SOSIAL

Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan satu agensi yang mempunyai tanggungjawab sosial yang menyeluruh dan mempunyai kumpulan sasar yang meliputi semua lapisan masyarakat. Dalam memastikan Dasar Sosial Negara mencapai matlamat seperti yang ditetapkan, Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan agensi pelaksana dan penyelaras yang memainkan peranan penting mencapai sasaran tersebut.

Matlamat utama Dasar  Sosial Negara bertujuan mewujudkan masyarakat  Malaysia yang maju dan mantap dari segi sosial, ekonomi, dan teknologi dengan setiap anggota masyarakat berpeluang serta berkeinginan untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu-padu, berdaya tahan, demokratik, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

Dalam memastikan matlamat tersebut mencapai kejayaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat memainkan peranan utama melaksanakan agenda tersebut. Jaringan dan perkaitan Dasar Sosial Negara dan Jabatan Kebajiakn Masyarakat dalam menagani isu sosial perlu dilihat dengan meluas dalam skop dan objektif khusus Dasar Sosial Negara.

Anta objektif khusus Dasar Sosial Negara ialah:
  • Memastikan keperluan asas individu, keluarga adan masyarakat dipenuhi;
  • Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat;
  • Memperkukuh dan membangunakan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial; dan
  • Menjana sinergi multisektor
Dalam usaha memastikan keperluan asas individu, keluarga, dan masyarakat dipenuhi seperti yang digariskan dalam objektif Dasar Sosial Negara , Jabatan Kebajikan Masyarakat memainkan peranan yang amat penting dalam melaksanakan perkara tersebut. Sekiranya keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat tidak dipenuhi oleh agensi yang bertanggungjawab, ianya akan mewujudkan masalah dan menjadi isu sosial yang mesti diselesaikan oleh pihak kerajaan dan agensi yang berkaitan. 

Justeru itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat berperanan untuk memastikan golongan yang kurang berkemampuan dapat menikmati keperluan asas yang sama dengan individu lain dalam masyarakat. Sebagai contohnya sistem pemberian bantuan kebajikan yang dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat membantu individu atau keluarga yang kurang berkemampuan menikmati keperluan asas seperti ahli masyarakat yang lain. Perkara ini penting kerana  jika golongan yang kurang berkemampuan tidak diberi bantuan atau pertolongan sudah tentu boleh mewujudkan masalah sosial dalam negara seperti masalah kutu rayau, menyamun, mencuri, peras ugut dan sebagainya yang kalau difikirkan secara mendalam adalah disebabkan faktor dan dorongan untuk memenuhi keperluan asas.

Sementara itu, dalam usaha untuk merealisasikan  objektif Dasar Sosial Negara terutamanya adalam aspek membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat, Jabatan Kebajikan Masyarakat memainkan peranan yang penting untuk mencapai matlamat tersebut.Sebagai contohnya usaha Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat dilihat dalam mengadvokasikan pendaftaran Taska dan Pusat Jagaan. Tujuan penubuhan Taska dan Pusat Jagaan adalah untuk memastikan bahawa setiap kanak-kanak diperingkat awal mendapat peluang dalam menentukan perkembangan sel-sel otak secara maksimum, membantu pembinaan tubuh, meningkatkan keyakinan diri serta perkembangan identiti diri dalam suasana dan jaringan perhubungan positif dalam keluarga dan masyarakat. Perkara ini amat dititikberatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memastikan tahap perkembangan awal kanak-kanak mengikut acuan yang positif. Walau bagaimanapun peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak hanya tertumpu kepada kanak-kanak di Taska dan Pusat Jagaan sahaja tetapi juga meliputi kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun.

Sementara itu, bagi golongan dewasa dan warga emas, Jabtan Kebajikan Masyarakat berperanan memberikan sokongan dan bantuan bagi memastikan golongan ini tidak lagi tertekan dari segi emosi, kewangan dan kesihatan. Berdasarkan contoh-contoh yang telah dibincangkan ini, dapat disimpulkan bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat memainkan peranan yang amat penting dalam usaha menjayakan matlamat Dasar Sosial Negara khususnya dalam menangani isu dan masalah sosial.

Memperkukuh dan membangunkan sisitem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial juga merupakan elemen yang penting dalam memastikan serta memperkuatkan sistem sokongan sosial yang sedia ada melalui sistem kekeluargaan, komuniti, kumpulan ethnik, agama, pendidikan, dan organisasi sosial untuk membantu anggota masyarakat. Di sini semua faktor yang terlibat dalam sistem penyampaian perkhidmatan sosial perlu saling bekerjasama dan melengkapi antara satu sama lain. Jabtan Kebajikan Masyarakat amnya memainkan peranan penting dalam menjayakan usaha tersebut. program-program sukarelawan yang dianjurkan oleh Jabtan Kebajikan Masyarakat merupakan satu kaedah yang penting dalam usaha memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial. Pertubuhan-pertubuhan sukarelawan di bawah kendalian Jabtan Kebajikan Masyarakat memainkan peranan penting diperingkat akar umbi melaksanakan agenda di atas. Usaha dan perancangan yang dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah tentu sedikit sebanayak dapat merungkaikan permasalahan dan isu-isu sosial yang berlaku dalam negara dan ianya bertepatan dengan matlamat pengwujudan Dasar Sosial Negara.

Jabatan Kebajikan Masyarakat berperanan sebagai urusetia dalam pelaksanaan Dasar Sosial Negara di peringkat daerah dan negeri. Melalui laporan sosial dan laporan pelaksanaan program Dasar Sosial Negara di peringkat akar umbi, didapati Jabatan Kebajikan Masayarakat secara tak langsung dapat melihat dan mengenalpasti masalah dan isu sosial yang wujud dalam negara. Ini membolehkan Jabatan Kebajikan Masayarakat mengambil tindakan proaktif mengenalpasti masalah dan menyelesaikannya samada oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat itu sendiri atau melalui kerjasama dan pertolongan daripada agensi yang berkaitan. Sebagai contohnya, galakan yang diberi oleh Jabtan Kebajikan Masayarakat kepada sektor swasta atau NGO yang ingin menubuhkan isntitusi perkhidmatan sosial juga merupakan salah satu elemen tindakan awal yang dilakukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam menagani masalah dan isu sosial kerana bukan semua institusi di bawah pengendalian Jabatan Kebajikan Masayarakat mampu untuk menampung jumlah klien yang semakin meningkat dan  sekiranya tiada agensi yang membantu akan menambahkan  lagi isu dan masalah sosial dalam negara.

Selain itu, kerjasama di kalangan sektor awam serta antara sektor awam serta sektor swasta dan sukarelawan juga perlu ditingkatkan supaya wujud sinergi tenaga dan sumber dalam masyarakat untuk tujuan menjamin perkhidmatan sosial yang terbaik bagi semua anggota masyarakat. Jabatan Kebajikan Masyarakat bertindak sebagai urusetia untuk mengenalpasti persaingan serta pertindihan peranan yang dimainkan oleh setiap agensi. Ini dapat mengurangkan sumber serta tenaga yang diperlukan dalam menagani isu dan masalah sosial.

Dalam memperkasakan elemen sinergi multisektor, khususnya dalam usaha kerajaan menangani isu sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh memainkan peranan penting dengan menggalakkan sektor swasta menjalankan tanggungjawab sosial dan dipihak Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah membantu menyediakan program kepada kumpulan sasar seperti warga emas, kanak-kanak, orang kurang upaya, dan lain-lain khususnya untuk menagani isu sosial secara teratur selaras dengan prinsip tanggungjawab sosial korporat dan kebajikan adalah tanggungjawab bersama.

Disamping itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga berperanan menggalak dan menyokong perkembangan sektor sukarelawan dengan memberikan sokongan, pengiktirafan, dan insentif kepada individu, tau persatuan perkhidmatan sukarelawan yang memeberi khidmat kepada masyarakat. Sokongan daripada sukarelawan dapat membantu kerajaan khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat menjalankan program dan aktiviti khusus untuk menagani isu-isu sosial di peringkat akar umbi selaras dengan matlamat Dasar Sosial Negara.

Sebagai kesimpulannya, Dasar Sosial Negara adalah dasar payung yang merangkumi pelbagai dasar pembangunan sosial negara. Perlaksanaan dasar ini merupakan satu agenda kerajaan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang maju dan mantap yang merangkumi semua aspek kehidupan dengan acuannya tersendiri. Justeru itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diamanahkan memainkan tanggungjawab dan peranan utama  untuk melaksanakan agenda Dasar Sosial Negara di peringkat akar umbi khususnya yang berkaitrapat dengan isu dan masalah sosial. Kejayaan yang dikecapi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam menagani isu sosial akan mencerminkan kejayaan pihak kerajaan melaksanakan salah satu daripada matlamat utama yang digariskan dalam Dasar Sosial Negara.


Tulisan ini adalah pendapat peribadi dan bukannya daripada pendapat JKM



Tuesday, April 6, 2010

Facebook | Edit Profile Picture

Facebook Edit Profile Picture

Wednesday, March 31, 2010

MEMPENGARUHI ORANG BAWAHAN

Ketua ada kuasa memilih atau melantik orang bawahannya. Oleh itu, mereka selalunya yakin mereka ada kuasa ke atas orang yang mereka pilih atau lantik. Jarang sekali terlintas di kepala kita bahawa orang bawahan ada kuasa ke atas ketua mereka.

Sebenarnya orang bawahan mempunyai banyak kuasa ke atas orang atasan mereka. Kuasa mereka sangat besar apabila mereka menggunakan kuasa itu secara berkumpulan. Kuasa-kuasa yang mereka miliki  itu datang daripada sumber:

  • Apabila tugas yang mereka jalankan itu sangat penting kepada prestasi orang atasannya.
  • Apabila orang bawahan itu mempunyai kemahiran yang sukar dicarikan gantinya, atau tidak     dapat    digantikan   dengan cepat.
  • Apabila oran bawahan itu mempunyai ramai sahabat dan penyokong, sehingga sukar bagi kita mengambil tindakan disiplin atau menggantikannya tanpa merosakkan perhubungan dengan pekerja-pekerja lain.
  • Apabila orang bawahan itu memiliki pengetahuan dan  maklumat yang tidak ada pada orang lain. 
Setiap satu daripada faktor di atas sudah cukup untuk membuat orang bawahan menjadi lebih berkuasa daripada orang atasannya. Apabila orang bawahan memiliki gabungan faktor itu, keadaan menjadi lebih serius lagi bagi ketuanya. Ini lebih-lebih lagi apabila ketua itu masih baru lagi dalam jawatannya. Jadi, orang atasan mesti memiliki sumber kuasa yang lebih banyak, iaitu bukan sekadar kuasa rasmi yang ada kepadanya. Jikalau tidak, Ketua tidak ada pengaruh ke atas orang bawahannya. Ada empat tindakan yang apabila dilakukan dapat menambahkan kuasa orang atasan ke atas orang bawahan:
 
  •  Kemahiran dan Keupayaan Interpersonal
Tiap-tiap orang ketua memerlukan kemahiran interpersonal. Antara kemahiran yang sangat  kritikal     kepada kejayaan pemimpin ialah kemahiran mempengaruhi orang lain, keupayaan mengenalpasti konflik dan meleraikannya, kemahariran berkomunikasi secara lisan dan kemahiran mendengar. Tanpa kemahiran itu, mana-mana ketua tidak akan berjaya mengamalkan kuasa yang ada kepadanya ke atas orang bawahan.
  • Mendapatkan dan Mencari Maklumat
Maklumat yang betul dan ilmu pengetahuan adalah sejenis kuasa. Mengikut Professor D.J. Cherington, sebagai ketua, maklumat yang paling penting ialah pengetahuan mendalam mengenai  realiti sosial berkenaan tugas yang mesti dilaksanakan. Antara pengetahuan itu ialah  siapakan orang yang ada kaitan dengan tugas itu; apakah pendapat dan pandangan mereka terhadap tugas tersebut dan bilakah masanya pelbagai pandangan mereka itu saling bertentangan. tanpa mempunyai pengetahuan itu semua, ketua mempunyai risiko membuat keputusan yang salah atau bodoh.
  •  Menjaga Nama Baik
Satu kejayaan akan menghasilkan lebih banyak kejayaan. Kecekapan pekerja tidak cukup untuk menjadikan kita berpengaruh dan berkuasa. Kredibiliti adalah sangat penting. Oleh itu, kemahiran dan nama  baik mesti sama-sama ada kalau kita hendak berkuasa ke atas orang bawahan kita.Supaya mereka mudah dipengaruhi, orang bawahan mesti melihat kita sebagai orang yang ada keupayaan menjadi ketua mereka. jadi kita perlu memiliki nama abaik yang panjang. Rekod kejayaan kita sebagai ketua mesti banyak dan konsisten.  Semakin panjang rekod dan nama baik kita, semakin tinggi kuasa pengaruh kita ke atas orang bawahan.
  • Menjaga Hubungan Baik
Kita selalu silap. Kita sangka, untuk apa pengaruh ke atas orang bawahan, kita mesti menjaga hubungan baik dengan orang bawahan. Menurut Cherrington, anggapan ini silap,a orang bawahan  akan melihat kita sebagai ketua yang cekap dan berkesan hanya apabila kita terbukti mempunyai hubungan yang baik dengan mereka,  dengan orang atasan kita sendiri, dengan orang lain yang diluar kumpulan yang kita pimpin. Jadi kita tidak boleh berkonflik dengan ketua kita sendiri atau bermusuh dengan pihak-pihak lain. Untuk menjaga hubungan baik, kita memerlukan kemahiran menghormati orang lain, kemahiran mengagumi keistimewaan yang ada kepada orang lain dan kemahiran menjalin persahabatan dengan mereka.


 
Tajuk ini saya petik daripada Buku  Siri Komunikasi Utusan, oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd
yang didapati sesuai untuk tujuan pembacaan dan menambah ilmu pengetahun
 

Thursday, January 21, 2010

APA NAK JADI

Perbuatan membakar gereja dan masjid/surau merupakan elemen negatif yang harus diberi perhatian serius bukan saja oleh pihak kerajaan tetapi harismerangkumi semua lapisan masyarakat tampa mengira kaum. Sebenarnya siapakan yang sebenarnya bertindakmelakukan perbuatan tersebut atau ianya sengaja diadakan oleh kumpulan-kumpulan tertentu bagimemberi suasana ayang tidak harmoni dan tenteram kepada negara. Perbuatan yang dilakukan tersebut seolah-olah terancang demimembangkitkan isu-isu keagamaan dan kaum.

Kita sebagai anggota masyarakat seharusnya menerima berita-berita tentang kejadian membakar gereja/masjid/surau dengan fikiran yang terbuka dan tanpa rasa syak wasangka yang melampau yang boleh menimbulkan ketegangan kaum dan agama. Mahukah kita menerima kembali kenangan pahit yang berlaku dalam negara sekitar kejadian 13 Mei yang telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh pihak kerajaan.

Unsur-unsur provokasi dan perkauman seharusnya tidak diwar-warkan dengan secara berleluasa kerana bukan semua ahli masyarakat dapat menerima berita yang diberi dengan hati yang terbuka.  Disinilah didapati peranan media massa dan eletronik memainkan peranan penting dalam mewujudkan ketenteraman negara. Laporan yang diberi kepada umum seharusnya mendapat pertimbangan yang sewajarnya sebelum ianya disiarkan kepada umum.

Sementara itu, dalam keadaan sekarang parti politik juga seharusnya mengendurkan isu-isu sensitif yang melibatkan isu-isu keagamaan dan perkauman terutama dalam ceramah-ceramah politik mereka.Tindakan berpolitik yang tidak jujur boleh mengundang masalah kepada ketegangan kaum. Kadangkala kalau diperhatikan peranan yang dimainkan oleh parti-parti politik boleh memberi kesan yang besar kepada negara.Jika unsur keikhlasan dalam perjuangan parti tidak diterapkan akan menghancurkan masa depan negara.