Tuesday, February 14, 2012

Tahniah Penyokong Bolasepak Kelantan Utamakan Jatidiri

Pada masa sekarang pertembungan dan perlawanan bolasepak dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin rancak dan semakin menampakkan bayangan pasukan manakah yang akan menggungguli  carta teratas (lima pasukan teratas EPL). Mancester City dan jirannya Mancester United serta Totenham Hotspur semakin mendominasi perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris. 

Di samping itu, dalam masa yang sama juga sedang berlangsung  Liga Super dan Liga Perdana  dalam arena bolasepak negara. Walau bagaiamanapun, kerancakan EPL telah menenggelamkan kejohanan bolasepak tempatan. Rata-rata penonton dan  peminat bolasepak di negara kita berkemungkinan besar memilih EPL sebagai tontonan utama berbanding bolasepak liga tempatan.  Ini dapat dibuktikan melalui tinjauan dan pemerhatian di restoran-restoran, warung-warung dan kedai-kedai makan di bandar-bandar utama dalam negara. Perseolannya kenapa perkara sedemikian bola berlaku dan saya pasti kita semua mempunyai tanggapan dan jawapan tersendiri terhadap perseolan yang dikemukakan.masing-masing mengenai sebab utama kenapa bolasepak dalam negara kurang diberi perhatian berbanding perlawanan bolasepak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Walau bagaimanapun sekalung tahniah kepada peminat bolasepak Kelanatan dan pengusaha-pengusaha kedai-kedai makan yang berasal dari Kelantan yang berjaya mengimbangi perlawanan bolasepak dalam negara terutama semasa pertemuan Kelantan dan Terengganu dan Manchester United bertemu Liverpool. Ini menunjukkan kesetiaan, keteguhan dan jatidiri serta semangat menyayangi pasukan sendiri amat tebal dikalangan warga Kelantan walaupun ditengah-tengah kerancakan perlawanan bolasepak EPL.

Disaat pengusaha restoran atau kedai-kedai lain memilih menayangkan EPL yang melibatkan perlawanan Manchester United menentang Liverpool, mereka membuktikan keutuhan jiwa mereka kepada negeri kesayangan mereka apabila tanpa mempedulikan permintaan penyokong atau peminat bolasepak  EPL untuk menayangkan siaran langsung perlawanan Kelantan menentang Terengganu.

Justeru itu, tidak hairanlah jka pada hari ini semakin  banyak penaja memilih untuk menaja Kelantan kerana sokongan yang jitu daripada penyokong setia Kelantan itu sendiri yang sudah pasti memberi pulangan yang baik kepada penaja itu sendiri. Jika sokongan sebegini dapat dikekalkan oleh penyokong Kelantan saya rasa tidak mustahil Kelanatan akan terus unggul mendominasi  arena bolasepak negara pada hari ini.

Tahniah sekali lagi buat penyokong setia Kelantan yang dapat mengimbangi kerancakkan EPL di luar negara.


Thursday, February 9, 2012

Kenapa Budaya Menghukum Semakin Popular masa Kini

Salam dan Selamat Petang,

Budaya menghukum dan menuduh seorang atau sesebuah organisasi melakukan kesipan telah menjadi 'trend' terbaru bagi masyarakat kita hari ini. Ia seolah-olah melakukan satu kesalahan jenayah yang besar dan seolah-olah juga kesalahan yang dilakukan tiada pengampunan yang harus diberi.

Department’s (JKMM) turn to become the object of ridicule among Malaysians following a cultural gaffe on its Facebook page.
The department’s Facebook status message yesterday read “Selamat Menyambut Thaipusam kpd mereka beragama Buddha” (HappyThaipusam to those who are Buddhists).
Thaipusam is celebrated by Hindus while Buddhists celebrate Wesak. The JKMM’s Facebook administrator realised the mistake and updated the status message to “Selamat Menyambut Thaipusam” (Happy Thaipusam) fifteen minutes later.
However the previous message was not removed leading to a flurry of indignant and incredulous comments from the public.
The department was slammed as “stupid”, “ignorant”, “an embarrassment” and “insensitive” with a number of commenters calling for an apology and a removal of the offending message.
“More than 50 years of independence and this is the sort of rubbish we get from a totally wasted and incompetent government,” wrote Krish Kumar.
“Perhaps (JKMM) needs to go back to school and learn which religious celebrations belong to which religion…this is seriously a disgusting display of ignorance,” said Suzanne Lazaroo.
“Ni bukan kata bodoh tapi jahil…JKM patut membuat permohonan maaf secara terbuka akibat kesilapan ni (This isn’t stupidity but ignorance…JKM should issue an open apology for this mistake),” stated Azhar Aris.

Memang pada hakikatnya JKM memang cuai dan melakukan kesilapan yang saya juga mengakui ianya tak sepatutnya berlaku dan ia adalah disebabkan oleh kecuaian pegawai yang mengendalikan Facebook tersebut. tetapi perlu juga kita ingatkan dan bertanya, adakah kesilapan yang dilakukan tak boleh dimaafkan sehinggakan dihukum dengan sedemikian rupa. Sudah hilangkah nilai-nilai murni yang ada pada kita rakyat Malaysia. Apa yang saya tahu, permohonan maaf di atas kesilapan yang berlaku telah dibuat oleh pihak JKM dan saya rasa ianya tidak sepatutnya menjadi sebagai isu yang besar. 

Adakah kita tak terfikir, niat pengendali Facebook tersebut untuk mengucapkan selamat menyambut Thaipusam itu adalah niat ikhlas beliau sebagai meraikan rakan-rakan pelbagai kaum di Malaysia. Saya rasa sudah tentu beliau tidak terniat sedikitpun untuk melakukan kesilapan tersebut dan ucapan tersebut telah mengambarkan keprihatinan beliau terhadap perayaan pelbagai kaum di Malaysia ini. Beliau juga telah memperbetulkan keasalahan tersebut jadi saya rasa tak payahlah diperbesarkan. banyak lagi isu lain yang boleh diketengahkan untuk tatapan umum. Isu ini kalau setiap orang mengkritik saya percaya boleh menyebabkan prejudis di kalangan masyarakat malaysia yang pelbagi kaum ini. Kita boleh mengkritik tetapi jangan melampau sangat dan kritikan yang dibuat tak ada kritikan yang cuba membetulkan keadaan. 

Saya rasa kalau isu yang sekecil ini diperbesarkan, banyak lagi isu-isu yang lebih besar yang berkaitan perkara keagamaan boleh ditimbulkan oleh setiap orang khususnya kepada penulis Blog  Malaysians  Must Know The Truth.

 Saya rasa sikap-sikap sebegini yang berlaku dalam masyarakat kita disebabkan pada hari ini nilai-nilai murni dalam masyarakat kita semakin terhakis selari dengan kemajuan pembangunan dan faktor-faktor senario politik tanahair  hari ini yang seolah-olah menggalakan budaya menghukum dalam masyarakat kita. Ini boleh dilihat kepada kejatuhan tokoh-tokoh politik   disebabkan budaya menghukum dan fitnah yang dibuat tanpa  diberi pembelaan kepada yang dituduh. 

 Perkara yang saya bangkitkan ini memang jauh kalau nak diukur dengan kesalahan yang dibuat oleh pengendali Facebook JKM ini tetapi inilah hakikat  kehidupan hari ini yang cepat melatah dengan setiap berita yang disampaikan sehingga tiada ruang kemaafan kepada individu yang terlibat. Masyarakat hari ini cukup suka mengkritik kesalahan orang lain tetapi  sangat daif dalam mengeluarkan pendapat atau pandangan dalam usaha memajukan masyarakat dan negara.




Wednesday, February 8, 2012

MUNGKINKAH KEJADIAN 13 MEI 1969 BERULANG LAGI

Saya amat cintakan agama, bangsa saya dan tanah air saya. Walau bagaimanapun semangat perpaduan tetap wujud disanubari ini walaupun kecintaan terhadap bangsa dan agama melebihi segalanya. Keadaan ini memang sesuai dengan keadaan negara kita yang berbilang kaum pada hari ini. Justeru itu, untuk memberi pendapat dalam ruangan ni tidak terdetik sedikitpun rasa keraguan tentang apa yang saya bangkitkan ini akan  menimbulkan kemarahan orang lain. Ini bukan bermakna saya adalah perkauman, rasa kecintaan terhadap  keamanan negara dan kaum lain juga masih tebal dalam diri ini. Malah, saya juga mempunyai hubungan yang rapat dengan kaum-kaum lain di Malaysia ini samada Cina atau India  atau lain-lain kaum.
Apabila mendengar kejadian dan peristiwa yang berlaku sekitar 13 Mei 1969 , rasa terdetik dihati ini betapa orang-orang cina merupakan satu bangsa penjajahan baru yang zalim dan cuba untuk menghapuskan orang melayu di bumi melayu ini secara senyap dan terancang.
Sebenarnya kalau ditinjau dari segi sejarah, wujud rasa tidak puas hati di kalangan orang cina dan bukan bumiputera yang lain adalah berlegar kepada isu perlembagaan terutama hak keistimewaan orang-orang melayu. Setiap perkara yang menjadi keistimewaan bagi orang melayu di pendam oleh kaum ini dan tidak ditunjukkan secara  zahir bagaikan menanti masa yang sesuai untuk diledakkan. Dalam pilihanraya umum 1969, orang-orang cina secara terang-terangan telah menggunakan isu sensitiv ini sebagai bahan kempen mereka disebabkan di bandar-bandar besar majoritinya dipelopori oleh orang-orang cina. Walaubagaimanapun tidak dinafikan terdapat juga orang-orang cina yang secara terang-terangan telah menentang propaganda yang dimainkan oleh golongan majoriti cina ini. Hak istimewa orang-orang melayu telah dicabar secara terang-terangan walaupun mereka tahu agak mustahil pada masa itu bagi orang cina untuk mendapat hak sama rata dengan orang-orang melayu. justeru itu, berbagai-bagai bentuk provokasi yang membangkitkan kemarahan orang-orang melayu telah dibangkitkan oleh orang-orang cina ini. Pada pilihanraya 1969 ini juga telah menunjukkan sokongan orang-orang cina dan india kepada parti perikatan telah menurun dan  krisis keyakinan terhadap proses demokrasi di negara kita ini semakin pudar.
Kekecewaan hasil daripada keputusan pilihanraya 1969 telah memberi kelebihan kepada orang-orang cina untuk menunjukkan kuasa mereka kepada orang-orang melayu. Malah mereka saya rasa secara senyap juga  ingin menaikkan orang-orang  cina pada masa itu sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Dato' Harun. Ini hanyalah pendapat saya sahaja.  Di samping itu, tindakan kompromi yang dibuat oleh wakil-wakil politik dikalangan orang-orang melayu sendiri untuk mendapat sokongan bukan melayu  juga menjadi punca orang-orang cina elit di tanah melayu merasakan mereka semakin penting di tanah aiar ini. Walaubagaimanapun pada asalnya kita tahu tujuan golongan ini bukan untuk menjual maruah dan bumi orang-orang melayu.Pada pilihanraya 1969 juga, Dr. Tan Chee Khoon yang bertanding di kerusi Batu yang juga mempunyai penduduk Cina dan Melayu serta india telah mendapat majoriti yang besar mengalahkan parti perikatan. Tindakan menyambut kemenangan oleh  Dr. Tan Chee Khoon dan kuncu-kuncunya juga merupakan penyebab utama berlakunya kejadian 13 Mei. Cara perarakan yang melampau dan diukuti oleh kata-kata propaganda dan provokasi telah membangkitkan kemarahan orang-orang melayu.

Sepatutnya hal kontrak sosial tidak harus dipertikaikan oleh orang-orang cina  dan india jika kita ingin melihat masyarakat di negara ini tidak mengulangi kejadian-kejadian rusuhan kaum berlaku. Sebenarnya orang-orang melayu  tidak mengambil kisah apa yang dilakukan oleh bangsa-bangsa lain kecuali perilaku dan perbuatan  itu adalah perkara-perkara yang melibatkan sensitiviti orang-orang melayu. Orang melayu bukan perkauman jika tidak disentuh. Saya ingin mengambil contoh, dalam aspek perniagaan, jika orang-orang bukan melayu berniaga di kawasan orang-orang melayu atau perkampungan melayu maka peniaga itu tidak akan mengalami kerugian apa-apa kerana orang-orang melayu tetap akan mendapatkan keperluan yang disediakan oleh peniaga tersebut. Sebagai contohnya, perniagaan kedai runcit, berapa ramaikan orang-orang cina yang telah menjadi kaya raya hasil perniagaan dengan orang-orang melayu dan mendapat sokongan orang melayu dan tidak dipulaukan. Tetapi cuba kita renung bersama bolehkan peniaga melayu berniaga di kawasan yang majoritinya orang cina. Saya rasa amat sukar untuk orang-orang cina menjalankan urusniaga dengan orang-orang melayu dan sudah tentu mereka akan mencari peniaga di kalangan mereka untuk berurusan sedangkan orang melayu tidak sedemikian peranganiya. Ini merupakan satu saja contoh yang saya  kemukakan untuk renungan kita bersama.

Justeru itu, dalam menjayakan program dan semangat perpaduan di kalangan masyarakat  malaysia janganlah sesekali kita cuba membangkitkan kemarahan  kaum lain untuk mencapai cita-cita. Sifat provokasi dan propaganda yang jahat terutama dalam melaga-laga orang melayu sesama  mesti dielakkan kerana pada hari ini diam diri orang-orang melayu atau bumiputera lain bukan bermakna mereka berdiam diri.

BOS:KESILAPAN YANG PERLU DIELAKKAN

Bos adalah ketua dalam sesuatu organisasi. Justeru itu, untuk menjadi seorang ketua atau ‘bos’ yang baik banyak perkara yang  perlu dipertimbangkan.
Bos yang baik bukan saja bersikap adil tetapi betul-betul adil. Ini kerana tiada ayang lebih penting bagi pekerja bawahannya jika terdapat pilih kasih dalam oraganisasinya. Sebagi bos, jika beliau mendapati pekerja bawahannya mempunyai sesuatu kelebihan maka hendaklah beliau memeberi galakkan kepada pekerjanya dfan dirahjsiakan kebo;lehan pekerja tersebut. Jangan dibiarkan kakitangan bawahan beranggapan anda pilih kasih dalam perkara tersebut walaupun pada hakikatnya perkara sedemikian tidak berlaku.
Senyuman dan jenaka merupakan perkara penting yang perlu diamalkan oleh setiap ‘bos’ atau ketua jabatan. Faktor ini dipandang rendah oleh kebayakakan ketua jabatan walaupun untuk mengukir senyuman dan jenaka tidak memerlukan wang ringgit. Senyuman dan jenaka yang dibuat  adalah asas penting dalam hubungan manusia. Sikap suka senyum dan berjenaka akan memudahkan kerja seorang ‘bos’ dan disamping itu ia akan meringankan perasaan pekerja bawahan.

Dalam sesuatu organisasi terdapat pelbagai ragam dan tabiat setiap kakitangan. Perselisihan dandapat dan perbalahan seringkali terjadi dalam sesuatu organisasi. Justeru itu, untuk kebaikan oraganisasi jika terdapat percanggahan pendapat antara anda dan kakitanagan anada seboleh-bolehnya sila tutup mulut buat  sementara waktu dan berikan peluang kakitangan anda bercakap terlebih dahulu. Dengan kata lain, berikan peluang untuk mereka meluahkan pendapat dan perasaan mereka. Sebagai ketua, seboleh-boleh anda hendaklah cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan fikiran yang terbuka kerana amat jarang sekali kita dapat merubah hati seseorang dengan perselisihan dan pertengkaran semata-mata.
Menghargai masa  kakitangan bawahan juga merupakan elemen penting sebagi ‘bos’ yang baik. Hargailah juga masa kakitangan bawahan dan jangan biarkan mereka membuang masa untuk menunggu apabila  berurusan dengan anda. Jika perkara ini dibiarkan lambat laun tabiat ini akan terbawa-bawa  semasa mereka bekerja dan boleh memberi  kesan yang besar kepada organisasi.
Bersikap prejudis dan buruk sangka juga merupakan perkara yang sepatutnya dielakkan oleh seorang ketua yang baik. Seoran penjenayah yang jahat sekalipun akan mendakwa motif jahat yang dilakukan adalah untuk kebaikan sesetengan golongan. Mereka akan memeberikan pelbagai alas an bagi meyakinkan bahawa jenayah yang dibuat adalah untuk tujuan yang baik.. Ini membuktikan bahawa penjenayah yanh jahat juga mempunyai minda untuk melakukan perkara yang baik. Justeru itu, sebagi ketua, kita hendaklah berhemah sebelum menuduh seseorang berniat buruk atau melakukan perkara yang yang buruk. Itulah lumrahnya manusia, jarang sekali mereka akan mengaku dirinya melakukan kesalahan dengan sengajA. Jadi sebagai ketua atau ‘bos’ yang baik jangan  sesekali bertindak secara melulu menuduh kakitangan kita melalukukan kesalahan.
Seringkali kita suka mendengar sesuatu berita tanpa menyelidik akan fakta dan kebenarannya. Betulkah apa yang kita dengar itu betul. Seringkali apa yang kita dengar lain yang dimaksudkan yang boleh menimbulkan salah faham. Sesuatu perkara yang disampaikan mungkin maksudnya berbeza antara seorang iondividu dengan individu yang lain. Sesetengah individu takut untuk meminta penjelasan dan disebelah pihak lagi terlalu angkuh meminta orang mengulang semula apa yang diucapkan. Ini akhirnya anda tidak sedar yang mereka tidak memahami maksud anda yang sebenarnya. Justeru itu, jika anda ingin difahami, pastikan individu tersebut betul-betul memahami maksud anda. Jangan biarkan mereka membuat andaian dan tanggapan sendiri mengenai maksud anda hingga mengakibatkan keputusan yang dibuat tidak bertepatan dengan hasrat  anda.
Masalah yang timbul  dalam organisasi yang dicipta oleh kakitangan bawahan hendaklah diselami dengan sebaik mjungkin. Perkara inilah ang diamalkan oleh pakar sakit jiwa sehingga mereka betul-betul memahami perasaan pesakit mereka dan mengetahui punca sebenar masalah pesakitnya. Sebagai ketua yang baik, kita hendaklah menyelami masalah sebenar yang dihadapi oleh kakitangan bermasalah. Kita perlu mengesan puncanya. Adalah idak adil jika kita selalu mengkritik disebabkan kita mahukan hasil kerja yang baik. Apa yang penting sebagai  ketua yang baik kita hendaklah memastikan niat yang dilakukan  adalah ikhlas dan jika sesuatu itu dilakukan dengan ikhlas dan tujuan yang baik sudah pasti memberi  manfaat yang besar kepada  kakitangan anada, anda sendiri dan organisasi.
Akhir sekali, sebelum mengucapkan sesuatu perkataan hendaklah dengan fikiran yang waras kerana  jika tersilap percakapan juga akan memberi  kesan yang buruk kepada organisasi. Sebagai contohnya, nilai persahabatan yang baik juga boleh retak kerana terlepas cakap. Justeru itu, kita hendaklah berhati-hati dalam percakapan kerana seperti kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.


Friday, February 3, 2012

JANGAN JADIKAN TEKNOLOGI ICT MENYUSAHKAN

Assalamualaikum dan selamat petang kepada teman-teman semua, sekejap saja kita dah memasuki bulan Februari 2012. Pada bulan ini juga dijangka proses penilaian prestasi tahunan sedang dilaksanakan oleh pegawa-pegawai penilai untuk menentukan penilaian prestasi kakitangan masing-masing walaupun penilaian prestasi yang dibuat tidak semestinya mencerminkan budaya kerja kakitangannya.

Apa yang hendak dikongsi bersama ialah mengenai penggunaan ICT dalam agensi kerajaan khususnya dalam melayari laman web HRMIS. Seringkali kedengaran keluhan rakan-rakan sekerja tentang aplikasi HRMIS yang digunaklan ini terutama dalam Penilaian Prestasi Tahunan yang banyak memberi  masalah kepada pengguna yang sehingga kini belum nenunjukkkan tanda-tanda isu ini telah selesai.

Saya bukannya pandai untuk bercakap mengenai aplikasi ICT ini cuma seringkali tertanya-tanya kenapa aplikasi yang digunakan untuk semua kakitangan dibuat tanpa memikirkan kesan dan akibatnya. Mungkin ada lagi agensi kerajaan yang belum lagi menggunakan aplikasi ini dan sekiranya semua agensi kerajaan telah menngunakan spenuhnya saya pasti akan berlaku kesesakan pada sistem ini. Sebenarnya sistem HRMIS amat berguna dan senang digunakan tetapi kenapa hanya menggunkan Internet Explorer sahaja. Tidakkah ini menyusahkan dan kenapa kita tak boleh menggunakan pelayar web yang lain. Inilah yang menjadi tandatanya  yang saya sendiri belum pasti jawapannya.

Kalau sebelum ini proses kemasukkan data banyak menggunakan sistem manual dan menunjukkan penggunaan kertas yang ketara, pem,baziran masa tetapi sejak menggunakan sistem ini saya rasa amat memudahkan kita untuk meneliti dan menjimatkan masa. Namun keadaan sebaliknya berlaku, proses yang sepatutnya mudah akan menjadi susah disebabkan  masalah-masalah seperti aplikasi ini hanya boleh dibuka dengan menggunakan pelayar laman web Internet Explorer. 

Kenapa hanya IE sahaja boleh digunakan sedangkan banyak pelayar-pelayar lain seperti google chrome, opera, firefox, safari dan beberapa pelayar lain menjadi pelayar utama yang digunakan oleh para pengguna internet di Malaysia. Kenapa mesti kita abaikan pelayar-pelayar lain ini. Saya tidak faham atau ini adalah Dasar ICT Negara. Kalau begini caranya saya rasa Pembangunan Teknologi Maklumat Negara boleh terjejas khususnya dalam usaha mengurangkan jurang digital dikalangan masyarakat. Dengan Internet Explorer  ini saya dapati terlalu banyak  "Popup Blocker" yang sedang aktif dan amat menyusahkan.


Ini adalah pendapat saya dan bukannya bertujuan untuk menghentam mana-mana agensi kerajaan cuma berharap polisi yang dibuat ini boleh diubah dan dikemaskini. Ramai rakan-rakan sekerja mengeluh mengenai permasalahan ini.

Sistem HRMIS yang canggih dan memudahkan telah menjadi sebaliknya. Kekadang terdapat makluman aplikasi ini sedang diselenggara namun apabila dibuka selepas selesainya tempoh penyelenggaraan masalah yang sama masih berlaku. kadangkala betapa susahnya untuk memasuki sistem ini . Seringkali saya terpaksa menunggu berjam-jam terutama pada penghung tahun atau semasa musim-musim perayaan . Sebagai contohnya semasa perayaan yang besar seperti Hari Raya Puasa atau sebagainya.

Bagi saya yang bukan pakar IT ini mungkin cadangan yang boleh dibuat ialah kita perbanyakkkan lagi pelayar internet lain selain menggunakan aplikasi sedia ada  iaitu Internet Explorer.

Thursday, February 2, 2012

Sokongan Peniaga Babi


Mersing, Johor- Demi Sokongan Undi Aku Rela ke Gerai babi