Wednesday, September 2, 2009

INIKAH KESUDAHANNYA KITA

Saya sebenarnya tak berminat dengan politik tetapi apabila meneliti dan mendengar perkembangan semasa yang berlaku dalam tanah air ini maka rasa tercabar di benak dek kerenah golongan tertentu dalam merencanakan politik tanah air. Ramai di kalangan pemimpin politik hari ini kini bertukar arah daripada ingin berkhidmat kepada bidang populariti setanding dengan artis tanah air. Mereka ingin menonjolkan diri mereka kepada masayarakat seolah-olah merekalah pejuang rakyat atau 'hero' masyarakat. Bagi saya mereka ini tak ubah dalam epik dan cerita tamil yang dilakonkan di India di mana seorang hero dengan kuasa dan superpowernya tanpa menghiraukan undang-undang negara berjaya mengalahkan musuhnya yang beratus-ratus orang. tetapi mereka silap kerana hero tamil tak akan wujud di tanah Malaysia ini. sebenarnya saya bukan menghina cerita tamil malah saya juga peminat setia cerita tamil cuma apa yang saya gambarakan itulah perangai sesetengah ahli politik sekarang dengan demonstrasi, provokasi dan sebagainya yang boleh menggugat keharmonian masyarakat.

Negeri Perak satu ketika dulu heboh dengan tindakan menderhaka sesetengah rakyat perak terhadap sultan. Walaupun saya negeri lain, tetapi bagi saya semua sultan adalah sama saja dan mesti diberi rasa taat setia yang tak berbelah bagi. Sesetengah golongan ini khususnya di Perak telah mempersoalkan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh sultan walhal tidak ada satupun tindakan sultan yang bercanggah dengan norma dan nilai masyarakat. Golongan ini sanggup bersekongkol dengan bangsa lain semata-mata tamak dan gilakan kuasa. saya tak tahu samada mereka ini sedar atau tidak, di dalam hati kecil majoriti bukan melayu ini, wujud rasa kasih sayang kepada institusi beraja di negara kita. Tak ada yang boleh dibayangkan cuma tepuk dada tanyalah selera. Kita sebagai bumiputera di sini cubalah renung dan fikir apakah tindakan dan perlakuan golongan ini betul atau sebaliknya. 

masih teringat di fikiran saya apa yang berlaku di Negeri Perak beberapa bulan yang lalu di mana Pakatan Rakyat  dan Barisan Nasional  masing-masing menuduh antara satu sama lain semata-mata ingin mendapatkan tampuk pemerentahan di Perak. Di sini isu yang amat ketara ditimbulkan oleh kedua-dua belah pihak ini ialahLompat Parti. Isu ini juga merupakan agenda utama yang digunakan oleh bekas Timbalan Pendana Menteri untuk dalam kempennya untuk merealisasikan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri. Tetapi apa yang amat memeranjat bekas TPM ini ialah apa yang cuba dilakukan oleh beliau telah mengena dirinya sendiri umpama luncai terjun dengan labu-labunya, biarkan...dan negeri Perak akhirnya jatuh  kepada kerajaan Barisan Nasional semula. isu

Rentetan dari itu, Pakatan Rakyat mulalah sedar akan kesilapannya dan mula menjalankan kempen dan mendesak kerajaan BN di Perak membubarkan DUN Perak dan mengadakan pilihanraya bagi menentukan MB yang sah bagi mereka. Saya pun tak faham apa yang dimaksudkan MB yang sah bagi Pakatan Rakyat. Kata mereka 3 orang wakil rakyat yang keluar dari parti masing-masing telah dibeli oleh kerajaan BN demi untuk menumbangkankerjaan Pakatan Rakyat di Perak. Mereka seolah-olah mendesak Suruhanjaya Pilihanraya dan pihak istana supaya mengistiharkan ke tiga-tiga DUN tersebut kosong bagi pilihanraya kecil diadakan. Mereka beranggapan mereka mahir tentang undang-undang disebabkan ramai di kalangan golongan ini adalah pengamal undang-undang dan tidak lupa  juga pelanggar undang-undang.

Sebenarnya rakyat tidak lupa dimana satu ketika dulu dua wakil rakyat yang bertindak keluar dari parti PKR tersebut pernah dituduh melakukan rasuah. Ke dua-dua  YB ini adalah orang kuat PKR tetapi disebabkan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat dan PKR telah luntur menyebabkan mereka bertindak ke luar dari parti. Pada masa tersebut pihak Barisan Nasional telah mendesak kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat membubarkan DUN yang diwakili oleh ke dua-dua YB ini dengan cara terhormat bagi diadakan pilihanraya kecil tetapi tidak dihiraukan oleh Pakatan Rakyat dan mereka telah memutuskan bahawa ke dua-dua wakil rakyat ini telah dianiayai oleh Barisan Nasional. Ke dua-dua ADUN tersebut kemudiannya meninggalkan Pakatan Rakyat (PKR) bersama seorang lagi YB bekas ahli DAP yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasinal. Justeru itu, mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa setiap perbuatan yang tidak betul akan mendapat pembalasan yang setimpal. Jadi belajarlah terima kenyataan.

Memang menyedihkan jika kita tak dapat menerima takdir yang ditentukan di atas perbuatan kita. Sepatutnya setiap yang berlaku dijadikan iktibar supaya mengubah perlakuan dan tindakan ke arah yang lebih baik. Amat menyedihkan juga apabila golongan cerdik pandai melayu dapat diperkudakan oleh golongan ini untuk memecahbelahkankusa dan keistimewaan orang-orang melayu. racun yang diberi umopama santau yang meresap cepat ke dalam  diri manusia hingga lupa antara agama, adat, norma dan sosial masyarakat setempat. Mereka-mereka ini hanyut dalam mimpi ngeri ciptaan sendiri.

Pada hari ini pula (2 September 2009) berlaku pula ketegangan yang dibuat-buat di Perak di mana ketiga-tga tokoh yang mungkin telah mengelarkan diri mereka hero telah ditahan oleh pihak berkuasa. Rakyat harus sedar siapakah mereka ini. Mereka sebenarnya sangat seronok apabila ditangkap dengan tujuan mereka akan memaki pihak keselamatan dan menuduh kerajaan dengan tuduhan yang yang kadangkala amat lucu jika difikirkan. Pada bulan yang mulia ini juga golngan melyu islam juga telah diseret bersama dengan mencemarkan bulan yang suci dengan insiden-insiden yang memang merugikan rakyat negeri Perak sendiri terutamanya peniaga-peniaga kecilnya.


Justeru itu, pada bulan yang mulia ini marilah kita melupakan sengketa kepartian, dan perkauman demi memastikan kerajaan yang ada stabil dan menjamin kesejahteraan rakyat. Jangan diungkitkan perkara-perkara sensitif yang membangkitkan kemarahan kaum dan kita harus sedar di mana diri kita sebenarnya.

No comments:

Post a Comment