Wednesday, January 11, 2012

Budaya Suka Bercakap

Assalamualaikum dan selamat tahun baru kepada semua. Semoga pada tahun baru  ini memberi seribu pengharapan dan penambahbaikan dalam merncanakan agenda dan tugasan  masing-masing.
Sudah lama saya tidak menulis di blog ini disebabkan kesibukan dan kekangan  masa yang semakin hari semakin mengejar kita.
Alhamdulillah, di pejabat baru di Putrajaya, suasana kerja dan persekitaran yang baru,  boleh merangsang minda penjawat awam untuk melaksanakan kerja dan amanah yang diepertanggungjawabkan dengan jujur dan istiqamah dalam melaksanakan  tanggungjawab masing-masing.
Di kesempatan ini saya ingin berkongsi pengalaman  tentang budaya suka bercakap pada hari. Ini dapat kita lihat kerana budaya suka bercakaplah berlakunya keadaan politik tanah air yang amat kotor jika diperhalusi oleh setiap individu. Secagai contohnya kita dapat lihat apa yang terjadi kepada Yang Berhormat Dato’ Dr. Hassan Ali. Ini adalah disebabkan scenario suka bercakap perkara yang bukan-bukan samada oleh individu terbabait atau oleh orang lain.
Apa yang terjadi kepada saya pula sebagai penjawat awam ialah ketidakhadiran bertugas di pejabat. Amat menyedihkan ialah ketidakhadiran saya bertugas adalah disebabkan cuti kerana isteri bersalin  dan masalah kesihatan anak yang baru dilahirkan. Secara kebetulan pejabat saya baru saja berpindah daripada Kuala Lumpur  ke Putrajaya pada awal Disember 2011 yang lepas. Ini ditambah dengan kebetulannya pada penghujung bulan Disember lepas saya menghadapi masalah untuk ke pejabat di Putrajaya disebabkan tiada kenderaan. Ini telah menghalang saya untuk datang bekerja  ditambah pula dengan jarak pejabat baru dengan rumah agak jauh dan sedikit sebanyak menimbulkan masalah jika tiada kenderaan sendiri.
Untuk pengetahuan semua,  apa yang menyedihkan saya ialah cerita saya baru dapat bahawa saya telah tak datang bertugas selama 3 bulan dan tidak dapat dikesan dan ini telah memberi  imej yang negatif  terhadap perkhidmatan saya sedangkan semasa saya tidak hadir bertugas saya sentisa memaklumkan  tentang ketidakhadiran saya bertugas.
Di sini mungkin timbul masalah komunikasi samada mesej yang telah saya sampaikan tidak dietrima atau sebaliknya. Ini amat menyedihkan  apabila dengan perasaan dan semangat baru,  ingin bekerja ditempat baru dan suasana yang baru, saya telah menerima berita mengatakan saya tidak hadir bekerja untuk tempoh yang lama .Ini telah melemahkan semangat saya untuk dating  ke pejabat dan kadangkala saya terfikir mungkin ada hikmah disebalik apa yang telah saya alami ini.

No comments:

Post a Comment