Monday, January 16, 2012

BERTUGAS DI PUTRAJAYA

ALHAMDULILLAH, pada awal Disember 2011 warga KPWKM telah berpindah ke Pejabat baru di Putrajaya. Bagi BPM, urusan untuk berpindah barang pejabat ke Putrajaya berjalan lancar dan mengikut ketetapan yang dijadualkan.

Selepas berada di Putrajaya, ramai yang merungut dan mengeluh masalah kos sara hidup dan jarak perjalanan untuk ke Putrajaya yang mata jauh. Memanglah saya pun mengalamai keadaan  yang sama tetapi keadaan bertambah baik dan dapat dirancang perjalanan ke tempat kerja selepas mengetahui destinasi dan arah tuju dari rumah untuk ke pejabat di Purajaya. Pada peringkat juga saya terpaksa membelanjakan lebih kurang RM 50.00 sehari untuk berulang alik ke tempat kerja dan ini amat membebankan. Keadaan ini berubah apabila mengetahui tentang kemudahan pengangkutan awam yang disediakan. Sekarang alhamdulliah, bergantung kepada keadaan,saya boleh bergilir-gilir untuk menggunakan kenderaan awam atau kenderaan sendiri untuk ke Pejabat di Putrajaya. Kos menggunakan kenderaan awam sehari bagi saya hanya melibatkan pembelanjaan sebanyak RM 9.00 sahaja termasuk bayaran parking kenderaan. Ini amat jauh lebih menjimatkan berbanding semasa pejabat di Kuala Lumpur  dahulu. Cuma kelemahannya kita perlu berkongsi kenderaan dengan orang lain dan terpaksa berkorban masa sedikit lebih awal untuk bertolak ke tempat kerja.

Mulai sekarang masalah ke tempat kerja bukan lagi merupakan satu masalah walaupun kekadang terlewat sedikit akibat masalah kelewatan  perkhidmatan pengangkutan awam yang tidak dijangka. Ini merupakan pengalaman yang berguna dan akan dijadikan pengajaran untuk keesokan harinya.

No comments:

Post a Comment