Tuesday, February 14, 2012

Tahniah Penyokong Bolasepak Kelantan Utamakan Jatidiri

Pada masa sekarang pertembungan dan perlawanan bolasepak dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin rancak dan semakin menampakkan bayangan pasukan manakah yang akan menggungguli  carta teratas (lima pasukan teratas EPL). Mancester City dan jirannya Mancester United serta Totenham Hotspur semakin mendominasi perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris. 

Di samping itu, dalam masa yang sama juga sedang berlangsung  Liga Super dan Liga Perdana  dalam arena bolasepak negara. Walau bagaiamanapun, kerancakan EPL telah menenggelamkan kejohanan bolasepak tempatan. Rata-rata penonton dan  peminat bolasepak di negara kita berkemungkinan besar memilih EPL sebagai tontonan utama berbanding bolasepak liga tempatan.  Ini dapat dibuktikan melalui tinjauan dan pemerhatian di restoran-restoran, warung-warung dan kedai-kedai makan di bandar-bandar utama dalam negara. Perseolannya kenapa perkara sedemikian bola berlaku dan saya pasti kita semua mempunyai tanggapan dan jawapan tersendiri terhadap perseolan yang dikemukakan.masing-masing mengenai sebab utama kenapa bolasepak dalam negara kurang diberi perhatian berbanding perlawanan bolasepak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Walau bagaimanapun sekalung tahniah kepada peminat bolasepak Kelanatan dan pengusaha-pengusaha kedai-kedai makan yang berasal dari Kelantan yang berjaya mengimbangi perlawanan bolasepak dalam negara terutama semasa pertemuan Kelantan dan Terengganu dan Manchester United bertemu Liverpool. Ini menunjukkan kesetiaan, keteguhan dan jatidiri serta semangat menyayangi pasukan sendiri amat tebal dikalangan warga Kelantan walaupun ditengah-tengah kerancakan perlawanan bolasepak EPL.

Disaat pengusaha restoran atau kedai-kedai lain memilih menayangkan EPL yang melibatkan perlawanan Manchester United menentang Liverpool, mereka membuktikan keutuhan jiwa mereka kepada negeri kesayangan mereka apabila tanpa mempedulikan permintaan penyokong atau peminat bolasepak  EPL untuk menayangkan siaran langsung perlawanan Kelantan menentang Terengganu.

Justeru itu, tidak hairanlah jka pada hari ini semakin  banyak penaja memilih untuk menaja Kelantan kerana sokongan yang jitu daripada penyokong setia Kelantan itu sendiri yang sudah pasti memberi pulangan yang baik kepada penaja itu sendiri. Jika sokongan sebegini dapat dikekalkan oleh penyokong Kelantan saya rasa tidak mustahil Kelanatan akan terus unggul mendominasi  arena bolasepak negara pada hari ini.

Tahniah sekali lagi buat penyokong setia Kelantan yang dapat mengimbangi kerancakkan EPL di luar negara.


No comments:

Post a Comment