Wednesday, February 8, 2012

MUNGKINKAH KEJADIAN 13 MEI 1969 BERULANG LAGI

Saya amat cintakan agama, bangsa saya dan tanah air saya. Walau bagaimanapun semangat perpaduan tetap wujud disanubari ini walaupun kecintaan terhadap bangsa dan agama melebihi segalanya. Keadaan ini memang sesuai dengan keadaan negara kita yang berbilang kaum pada hari ini. Justeru itu, untuk memberi pendapat dalam ruangan ni tidak terdetik sedikitpun rasa keraguan tentang apa yang saya bangkitkan ini akan  menimbulkan kemarahan orang lain. Ini bukan bermakna saya adalah perkauman, rasa kecintaan terhadap  keamanan negara dan kaum lain juga masih tebal dalam diri ini. Malah, saya juga mempunyai hubungan yang rapat dengan kaum-kaum lain di Malaysia ini samada Cina atau India  atau lain-lain kaum.
Apabila mendengar kejadian dan peristiwa yang berlaku sekitar 13 Mei 1969 , rasa terdetik dihati ini betapa orang-orang cina merupakan satu bangsa penjajahan baru yang zalim dan cuba untuk menghapuskan orang melayu di bumi melayu ini secara senyap dan terancang.
Sebenarnya kalau ditinjau dari segi sejarah, wujud rasa tidak puas hati di kalangan orang cina dan bukan bumiputera yang lain adalah berlegar kepada isu perlembagaan terutama hak keistimewaan orang-orang melayu. Setiap perkara yang menjadi keistimewaan bagi orang melayu di pendam oleh kaum ini dan tidak ditunjukkan secara  zahir bagaikan menanti masa yang sesuai untuk diledakkan. Dalam pilihanraya umum 1969, orang-orang cina secara terang-terangan telah menggunakan isu sensitiv ini sebagai bahan kempen mereka disebabkan di bandar-bandar besar majoritinya dipelopori oleh orang-orang cina. Walaubagaimanapun tidak dinafikan terdapat juga orang-orang cina yang secara terang-terangan telah menentang propaganda yang dimainkan oleh golongan majoriti cina ini. Hak istimewa orang-orang melayu telah dicabar secara terang-terangan walaupun mereka tahu agak mustahil pada masa itu bagi orang cina untuk mendapat hak sama rata dengan orang-orang melayu. justeru itu, berbagai-bagai bentuk provokasi yang membangkitkan kemarahan orang-orang melayu telah dibangkitkan oleh orang-orang cina ini. Pada pilihanraya 1969 ini juga telah menunjukkan sokongan orang-orang cina dan india kepada parti perikatan telah menurun dan  krisis keyakinan terhadap proses demokrasi di negara kita ini semakin pudar.
Kekecewaan hasil daripada keputusan pilihanraya 1969 telah memberi kelebihan kepada orang-orang cina untuk menunjukkan kuasa mereka kepada orang-orang melayu. Malah mereka saya rasa secara senyap juga  ingin menaikkan orang-orang  cina pada masa itu sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Dato' Harun. Ini hanyalah pendapat saya sahaja.  Di samping itu, tindakan kompromi yang dibuat oleh wakil-wakil politik dikalangan orang-orang melayu sendiri untuk mendapat sokongan bukan melayu  juga menjadi punca orang-orang cina elit di tanah melayu merasakan mereka semakin penting di tanah aiar ini. Walaubagaimanapun pada asalnya kita tahu tujuan golongan ini bukan untuk menjual maruah dan bumi orang-orang melayu.Pada pilihanraya 1969 juga, Dr. Tan Chee Khoon yang bertanding di kerusi Batu yang juga mempunyai penduduk Cina dan Melayu serta india telah mendapat majoriti yang besar mengalahkan parti perikatan. Tindakan menyambut kemenangan oleh  Dr. Tan Chee Khoon dan kuncu-kuncunya juga merupakan penyebab utama berlakunya kejadian 13 Mei. Cara perarakan yang melampau dan diukuti oleh kata-kata propaganda dan provokasi telah membangkitkan kemarahan orang-orang melayu.

Sepatutnya hal kontrak sosial tidak harus dipertikaikan oleh orang-orang cina  dan india jika kita ingin melihat masyarakat di negara ini tidak mengulangi kejadian-kejadian rusuhan kaum berlaku. Sebenarnya orang-orang melayu  tidak mengambil kisah apa yang dilakukan oleh bangsa-bangsa lain kecuali perilaku dan perbuatan  itu adalah perkara-perkara yang melibatkan sensitiviti orang-orang melayu. Orang melayu bukan perkauman jika tidak disentuh. Saya ingin mengambil contoh, dalam aspek perniagaan, jika orang-orang bukan melayu berniaga di kawasan orang-orang melayu atau perkampungan melayu maka peniaga itu tidak akan mengalami kerugian apa-apa kerana orang-orang melayu tetap akan mendapatkan keperluan yang disediakan oleh peniaga tersebut. Sebagai contohnya, perniagaan kedai runcit, berapa ramaikan orang-orang cina yang telah menjadi kaya raya hasil perniagaan dengan orang-orang melayu dan mendapat sokongan orang melayu dan tidak dipulaukan. Tetapi cuba kita renung bersama bolehkan peniaga melayu berniaga di kawasan yang majoritinya orang cina. Saya rasa amat sukar untuk orang-orang cina menjalankan urusniaga dengan orang-orang melayu dan sudah tentu mereka akan mencari peniaga di kalangan mereka untuk berurusan sedangkan orang melayu tidak sedemikian peranganiya. Ini merupakan satu saja contoh yang saya  kemukakan untuk renungan kita bersama.

Justeru itu, dalam menjayakan program dan semangat perpaduan di kalangan masyarakat  malaysia janganlah sesekali kita cuba membangkitkan kemarahan  kaum lain untuk mencapai cita-cita. Sifat provokasi dan propaganda yang jahat terutama dalam melaga-laga orang melayu sesama  mesti dielakkan kerana pada hari ini diam diri orang-orang melayu atau bumiputera lain bukan bermakna mereka berdiam diri.

No comments:

Post a Comment