Bos adalah ketua dalam sesuatu organisasi. Justeru itu, untuk menjadi seorang ketua atau ‘bos’ yang baik banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.
Bos yang baik bukan saja bersikap adil tetapi betul-betul adil. Ini kerana tiada ayang lebih penting bagi pekerja bawahannya jika terdapat pilih kasih dalam oraganisasinya. Sebagi bos, jika beliau mendapati pekerja bawahannya mempunyai sesuatu kelebihan maka hendaklah beliau memeberi galakkan kepada pekerjanya dfan dirahjsiakan kebo;lehan pekerja tersebut. Jangan dibiarkan kakitangan bawahan beranggapan anda pilih kasih dalam perkara tersebut walaupun pada hakikatnya perkara sedemikian tidak berlaku.
Senyuman dan jenaka merupakan perkara penting yang perlu diamalkan oleh setiap ‘bos’ atau ketua jabatan. Faktor ini dipandang rendah oleh kebayakakan ketua jabatan walaupun untuk mengukir senyuman dan jenaka tidak memerlukan wang ringgit. Senyuman dan jenaka yang dibuat adalah asas penting dalam hubungan manusia. Sikap suka senyum dan berjenaka akan memudahkan kerja seorang ‘bos’ dan disamping itu ia akan meringankan perasaan pekerja bawahan.
Dalam sesuatu organisasi terdapat pelbagai ragam dan tabiat setiap kakitangan. Perselisihan dandapat dan perbalahan seringkali terjadi dalam sesuatu organisasi. Justeru itu, untuk kebaikan oraganisasi jika terdapat percanggahan pendapat antara anda dan kakitanagan anada seboleh-bolehnya sila tutup mulut buat sementara waktu dan berikan peluang kakitangan anda bercakap terlebih dahulu. Dengan kata lain, berikan peluang untuk mereka meluahkan pendapat dan perasaan mereka. Sebagai ketua, seboleh-boleh anda hendaklah cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan fikiran yang terbuka kerana amat jarang sekali kita dapat merubah hati seseorang dengan perselisihan dan pertengkaran semata-mata.
Menghargai masa kakitangan bawahan juga merupakan elemen penting sebagi ‘bos’ yang baik. Hargailah juga masa kakitangan bawahan dan jangan biarkan mereka membuang masa untuk menunggu apabila berurusan dengan anda. Jika perkara ini dibiarkan lambat laun tabiat ini akan terbawa-bawa semasa mereka bekerja dan boleh memberi kesan yang besar kepada organisasi.
Bersikap prejudis dan buruk sangka juga merupakan perkara yang sepatutnya dielakkan oleh seorang ketua yang baik. Seoran penjenayah yang jahat sekalipun akan mendakwa motif jahat yang dilakukan adalah untuk kebaikan sesetengan golongan. Mereka akan memeberikan pelbagai alas an bagi meyakinkan bahawa jenayah yang dibuat adalah untuk tujuan yang baik.. Ini membuktikan bahawa penjenayah yanh jahat juga mempunyai minda untuk melakukan perkara yang baik. Justeru itu, sebagi ketua, kita hendaklah berhemah sebelum menuduh seseorang berniat buruk atau melakukan perkara yang yang buruk. Itulah lumrahnya manusia, jarang sekali mereka akan mengaku dirinya melakukan kesalahan dengan sengajA. Jadi sebagai ketua atau ‘bos’ yang baik jangan sesekali bertindak secara melulu menuduh kakitangan kita melalukukan kesalahan.
Seringkali kita suka mendengar sesuatu berita tanpa menyelidik akan fakta dan kebenarannya. Betulkah apa yang kita dengar itu betul. Seringkali apa yang kita dengar lain yang dimaksudkan yang boleh menimbulkan salah faham. Sesuatu perkara yang disampaikan mungkin maksudnya berbeza antara seorang iondividu dengan individu yang lain. Sesetengah individu takut untuk meminta penjelasan dan disebelah pihak lagi terlalu angkuh meminta orang mengulang semula apa yang diucapkan. Ini akhirnya anda tidak sedar yang mereka tidak memahami maksud anda yang sebenarnya. Justeru itu, jika anda ingin difahami, pastikan individu tersebut betul-betul memahami maksud anda. Jangan biarkan mereka membuat andaian dan tanggapan sendiri mengenai maksud anda hingga mengakibatkan keputusan yang dibuat tidak bertepatan dengan hasrat anda.
Masalah yang timbul dalam organisasi yang dicipta oleh kakitangan bawahan hendaklah diselami dengan sebaik mjungkin. Perkara inilah ang diamalkan oleh pakar sakit jiwa sehingga mereka betul-betul memahami perasaan pesakit mereka dan mengetahui punca sebenar masalah pesakitnya. Sebagai ketua yang baik, kita hendaklah menyelami masalah sebenar yang dihadapi oleh kakitangan bermasalah. Kita perlu mengesan puncanya. Adalah idak adil jika kita selalu mengkritik disebabkan kita mahukan hasil kerja yang baik. Apa yang penting sebagai ketua yang baik kita hendaklah memastikan niat yang dilakukan adalah ikhlas dan jika sesuatu itu dilakukan dengan ikhlas dan tujuan yang baik sudah pasti memberi manfaat yang besar kepada kakitangan anada, anda sendiri dan organisasi.
Akhir sekali, sebelum mengucapkan sesuatu perkataan hendaklah dengan fikiran yang waras kerana jika tersilap percakapan juga akan memberi kesan yang buruk kepada organisasi. Sebagai contohnya, nilai persahabatan yang baik juga boleh retak kerana terlepas cakap. Justeru itu, kita hendaklah berhati-hati dalam percakapan kerana seperti kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.
No comments:
Post a Comment