Friday, February 3, 2012

JANGAN JADIKAN TEKNOLOGI ICT MENYUSAHKAN

Assalamualaikum dan selamat petang kepada teman-teman semua, sekejap saja kita dah memasuki bulan Februari 2012. Pada bulan ini juga dijangka proses penilaian prestasi tahunan sedang dilaksanakan oleh pegawa-pegawai penilai untuk menentukan penilaian prestasi kakitangan masing-masing walaupun penilaian prestasi yang dibuat tidak semestinya mencerminkan budaya kerja kakitangannya.

Apa yang hendak dikongsi bersama ialah mengenai penggunaan ICT dalam agensi kerajaan khususnya dalam melayari laman web HRMIS. Seringkali kedengaran keluhan rakan-rakan sekerja tentang aplikasi HRMIS yang digunaklan ini terutama dalam Penilaian Prestasi Tahunan yang banyak memberi  masalah kepada pengguna yang sehingga kini belum nenunjukkkan tanda-tanda isu ini telah selesai.

Saya bukannya pandai untuk bercakap mengenai aplikasi ICT ini cuma seringkali tertanya-tanya kenapa aplikasi yang digunakan untuk semua kakitangan dibuat tanpa memikirkan kesan dan akibatnya. Mungkin ada lagi agensi kerajaan yang belum lagi menggunakan aplikasi ini dan sekiranya semua agensi kerajaan telah menngunakan spenuhnya saya pasti akan berlaku kesesakan pada sistem ini. Sebenarnya sistem HRMIS amat berguna dan senang digunakan tetapi kenapa hanya menggunkan Internet Explorer sahaja. Tidakkah ini menyusahkan dan kenapa kita tak boleh menggunakan pelayar web yang lain. Inilah yang menjadi tandatanya  yang saya sendiri belum pasti jawapannya.

Kalau sebelum ini proses kemasukkan data banyak menggunakan sistem manual dan menunjukkan penggunaan kertas yang ketara, pem,baziran masa tetapi sejak menggunakan sistem ini saya rasa amat memudahkan kita untuk meneliti dan menjimatkan masa. Namun keadaan sebaliknya berlaku, proses yang sepatutnya mudah akan menjadi susah disebabkan  masalah-masalah seperti aplikasi ini hanya boleh dibuka dengan menggunakan pelayar laman web Internet Explorer. 

Kenapa hanya IE sahaja boleh digunakan sedangkan banyak pelayar-pelayar lain seperti google chrome, opera, firefox, safari dan beberapa pelayar lain menjadi pelayar utama yang digunakan oleh para pengguna internet di Malaysia. Kenapa mesti kita abaikan pelayar-pelayar lain ini. Saya tidak faham atau ini adalah Dasar ICT Negara. Kalau begini caranya saya rasa Pembangunan Teknologi Maklumat Negara boleh terjejas khususnya dalam usaha mengurangkan jurang digital dikalangan masyarakat. Dengan Internet Explorer  ini saya dapati terlalu banyak  "Popup Blocker" yang sedang aktif dan amat menyusahkan.


Ini adalah pendapat saya dan bukannya bertujuan untuk menghentam mana-mana agensi kerajaan cuma berharap polisi yang dibuat ini boleh diubah dan dikemaskini. Ramai rakan-rakan sekerja mengeluh mengenai permasalahan ini.

Sistem HRMIS yang canggih dan memudahkan telah menjadi sebaliknya. Kekadang terdapat makluman aplikasi ini sedang diselenggara namun apabila dibuka selepas selesainya tempoh penyelenggaraan masalah yang sama masih berlaku. kadangkala betapa susahnya untuk memasuki sistem ini . Seringkali saya terpaksa menunggu berjam-jam terutama pada penghung tahun atau semasa musim-musim perayaan . Sebagai contohnya semasa perayaan yang besar seperti Hari Raya Puasa atau sebagainya.

Bagi saya yang bukan pakar IT ini mungkin cadangan yang boleh dibuat ialah kita perbanyakkkan lagi pelayar internet lain selain menggunakan aplikasi sedia ada  iaitu Internet Explorer.

No comments:

Post a Comment