Thursday, February 9, 2012

Kenapa Budaya Menghukum Semakin Popular masa Kini

Salam dan Selamat Petang,

Budaya menghukum dan menuduh seorang atau sesebuah organisasi melakukan kesipan telah menjadi 'trend' terbaru bagi masyarakat kita hari ini. Ia seolah-olah melakukan satu kesalahan jenayah yang besar dan seolah-olah juga kesalahan yang dilakukan tiada pengampunan yang harus diberi.

Department’s (JKMM) turn to become the object of ridicule among Malaysians following a cultural gaffe on its Facebook page.
The department’s Facebook status message yesterday read “Selamat Menyambut Thaipusam kpd mereka beragama Buddha” (HappyThaipusam to those who are Buddhists).
Thaipusam is celebrated by Hindus while Buddhists celebrate Wesak. The JKMM’s Facebook administrator realised the mistake and updated the status message to “Selamat Menyambut Thaipusam” (Happy Thaipusam) fifteen minutes later.
However the previous message was not removed leading to a flurry of indignant and incredulous comments from the public.
The department was slammed as “stupid”, “ignorant”, “an embarrassment” and “insensitive” with a number of commenters calling for an apology and a removal of the offending message.
“More than 50 years of independence and this is the sort of rubbish we get from a totally wasted and incompetent government,” wrote Krish Kumar.
“Perhaps (JKMM) needs to go back to school and learn which religious celebrations belong to which religion…this is seriously a disgusting display of ignorance,” said Suzanne Lazaroo.
“Ni bukan kata bodoh tapi jahil…JKM patut membuat permohonan maaf secara terbuka akibat kesilapan ni (This isn’t stupidity but ignorance…JKM should issue an open apology for this mistake),” stated Azhar Aris.

Memang pada hakikatnya JKM memang cuai dan melakukan kesilapan yang saya juga mengakui ianya tak sepatutnya berlaku dan ia adalah disebabkan oleh kecuaian pegawai yang mengendalikan Facebook tersebut. tetapi perlu juga kita ingatkan dan bertanya, adakah kesilapan yang dilakukan tak boleh dimaafkan sehinggakan dihukum dengan sedemikian rupa. Sudah hilangkah nilai-nilai murni yang ada pada kita rakyat Malaysia. Apa yang saya tahu, permohonan maaf di atas kesilapan yang berlaku telah dibuat oleh pihak JKM dan saya rasa ianya tidak sepatutnya menjadi sebagai isu yang besar. 

Adakah kita tak terfikir, niat pengendali Facebook tersebut untuk mengucapkan selamat menyambut Thaipusam itu adalah niat ikhlas beliau sebagai meraikan rakan-rakan pelbagai kaum di Malaysia. Saya rasa sudah tentu beliau tidak terniat sedikitpun untuk melakukan kesilapan tersebut dan ucapan tersebut telah mengambarkan keprihatinan beliau terhadap perayaan pelbagai kaum di Malaysia ini. Beliau juga telah memperbetulkan keasalahan tersebut jadi saya rasa tak payahlah diperbesarkan. banyak lagi isu lain yang boleh diketengahkan untuk tatapan umum. Isu ini kalau setiap orang mengkritik saya percaya boleh menyebabkan prejudis di kalangan masyarakat malaysia yang pelbagi kaum ini. Kita boleh mengkritik tetapi jangan melampau sangat dan kritikan yang dibuat tak ada kritikan yang cuba membetulkan keadaan. 

Saya rasa kalau isu yang sekecil ini diperbesarkan, banyak lagi isu-isu yang lebih besar yang berkaitan perkara keagamaan boleh ditimbulkan oleh setiap orang khususnya kepada penulis Blog  Malaysians  Must Know The Truth.

 Saya rasa sikap-sikap sebegini yang berlaku dalam masyarakat kita disebabkan pada hari ini nilai-nilai murni dalam masyarakat kita semakin terhakis selari dengan kemajuan pembangunan dan faktor-faktor senario politik tanahair  hari ini yang seolah-olah menggalakan budaya menghukum dalam masyarakat kita. Ini boleh dilihat kepada kejatuhan tokoh-tokoh politik   disebabkan budaya menghukum dan fitnah yang dibuat tanpa  diberi pembelaan kepada yang dituduh. 

 Perkara yang saya bangkitkan ini memang jauh kalau nak diukur dengan kesalahan yang dibuat oleh pengendali Facebook JKM ini tetapi inilah hakikat  kehidupan hari ini yang cepat melatah dengan setiap berita yang disampaikan sehingga tiada ruang kemaafan kepada individu yang terlibat. Masyarakat hari ini cukup suka mengkritik kesalahan orang lain tetapi  sangat daif dalam mengeluarkan pendapat atau pandangan dalam usaha memajukan masyarakat dan negara.




No comments:

Post a Comment