Saya  bukanlah jenis racist. Tetapi sejak akhir-akhir ini senario politik dalam  negara mendorong  saya untuk sama-sama berkongsi pendapat dalam ruangan ini.  Saya sebenarnya mempunyai ramai kawan berbilang bangsa di negara kita ini malah  kawan-kawan saya ramainya terdiri daripada bukan melayu berbanding dengan  orang-orang melayu sendiri. Bagi saya sepanjang berkawan dengan mereka tiada  masalah atau isu-isu sensitif dibangkitkan sebab kami masing-masing memahami  budaya dan adat resam masing-masing.
Tetapi   dalam ruangan ini saya ingin membawa persoalan mengenai tajuk saya di atas.  Terpulang kepada kita untuk memberi tafsiran mengenai tajuk di atas. Sejak  akhir-akhir ini telah ada suara orang-orang bukan melayu secara lantang  menentang secara langsung atau tidak langsung mengenai keistimewaan orang melayu  dan agama islam di negara kita. Ini ditambah lagi dengan senario politik pada  hari ini yang secara terang-terangan  apa yang termaktub dalam perlembagaan  negara dipersoalkan . Bermula dengan isu keistimewaan orang-orang melayu  sehinggalah kepada permasalahan agama islam mula dibangkitkan oleh orang-orang  bukan melayu khususnya yang bukan beragama islam. Kalau sebelum ini tidak pernah  kita terdengan orang-orang cina mengambil berat tentang peruntukkan untuk  membina masjid tetapi hari ini secara nyata ditentang sehingga dibawa ke dewan  yang mulia iaitu di persidangan Parlimen.
Kalau  kita perhatikan senario perkembangan ekonomi di kalangan penduduk Malaysia ini,  rata-rata  sumber kegiatan ekonomi  sebenarnya  memang dimonopoli oleh  orang-orang cina. Tetapi perkara ini jarang sekali ditimbulkan oleh orang-orang  melayu kerana bagi orang-orang melayu selagi bangsa lain tidak menindas mereka  secara terang-terangan mereka tidak akan cepat untuk melatah kecuali isu-isu  sensitif dibangkitkan. Malah dalam bidang perniagaan-perniagaan yang besar   kebanyakkan yang berjaya adalah daripa orang-orang cina. Perkara ini memang  tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. Justeru itu, jangan kerana  orang-orang cina menguasi sebahagian besar ekonomi negara, perkara-perkara  sensitif orang-orang melayu khususnya islam dipertikaikan. Saya masih ingat  semasa zaman remaja dulu, keluarga saya memang mempunyai rakan-rakan daripada  kaum lain khususnya orang-orang cina. Tiada masalah bagi kami malah hubungan  tersebut amat erat. Di setiap musim perayaan kami akan sentiasa kunjung  mengunjungi anta satu sama lain dan tidak wujud sedikitpun rasa sangsi dengan  kaum cina ini.
Kedaaan  pada hari ini telah berubah. Senario politiklah yang banyak memainkan peranan  utama yang merubah keadaan ini. Bagi negeri-negeri yang penduduknya yang ramai  di kalangan-kalangan orang-orang cina mula mempertikaikan  hak dan keistimewaan  oarang melayu dan kesucian agama islam. Ini jelas berlaku di Perak, Selangor,  Kuala Lumpur dan lain-lain negeri yang mempunyai ramai penduduk cina. Cuba kita  renungkan kenapa perkara ini jarang dibangkitkan oleh masyarakat cina di  Kelantan, Terengganu dan Kedah. Mungkinkah orang-orang cina di negeri-negeri   tersebut mempunyai hubungan yang harmoni degan orang-orang melayu atau kerana  mereka ini mempunyai bilangan yang sedikit saja. Kelantan sebagai contohnya,  orang-orang cina jarang sekali dilihat untuk bermusuhan dengan orang-orang  melayu malah mereka berkawan rapat samada dari segi persahabatan atau peluang  perniagaan. Malah di negeri Kelantan sendiri di lihat kuasa ekonomi orang-orang  melayu dan cina adalah seimbang berbanding dengan negeri-negeri lain.  Persoalannya mungkinkah disebabkan jumlah orang-orang cina di negeri-negeri  tersebut adalah sedikit sehingga mereka tidak begitu berani untuk bersuara atau  mungkinkah acuan negeri tersebut adalah berasaskan sifat toleransi antara agama.  Persoalan itu mungkin kita sendiri boleh menjawabnya.
Dalam  bidang perniagaan ada pepatah menyatakan bahawa  bukan orang-orang cina kalau  tidak menipu. Saya tidak  pasti samada benar atau tidak. Tapi kalau difikirkan  secara profesional perkara ini adalah retorik semata-mata. Kejayaan orang-orang  cina adalah kerana kegigihan dan kekuatan sumber ekonomi dan perasaan kekitaan  di kalangan mereka. Cuma kadangkala perasaan sangsi  terhadap orang-orang cina  dalam  perniagaan ada juga benarnya. Sebagai contoh yang agak mudah untuk  difahami, baru-baru ini saya ke kedai telefon untuk membeli telefon bimbit  second hand saja. Ada resit pembeliaan diberi kepada saya. Saya mengambil  telefon tersebut dan terus balik ke rumah tanpa memeriksa terlebih dahulu  telefon tersebut. Memang silap saya.Sampai di rumah saya cuba untuk menggunakan  telefon tersebut tapi malangnya ianya telah rosak. Keesokan harinya saya ke  kedai telefon tersebut dan memaklumkan perkara tersebut kepada pemilik kedai  tetapi dinafikan  malah pemilik kedai berbangsa cina itu menyatakan bahawa  telefon yang saya terima dalam keadaan elok  semasa dibeli. Saya bukannya  meminta untuk ganti lain tetapi kalau boleh gantilah yang lain atau baiki  kerosakan tersebut. Sebaliknya dengan bahasa yang agak kasar menolak permintaan  saya. Saya dengan marahnya menghempas telefon tersebut ke lantai tanpa  memikirkan lagi soal kerugiaan dan orang ramai yang lalu lalang. Terdengar juga  perkataan orang ramai yang lalu lalang melalui kedai tersebut yang menyebut  "hempas je bang kat muka dia orang tu, biar dia orang sedar sikit, nak menipupun  janganlah keterlaluan, saya dah dua tiga kali terkena.Teruja dengan kata-kata  tersebut memanggil pekerja kedai tersebut dan bertanyakan siapa pemilik kedai  dan juga bertanya samada     dia mahu jual atau tidak kedai telefonnya.Saya  sanggup membelinya dan kata saya  hari  tu juga saya akan bayar jika beliau  setuju walaupun dalam hati kecil mana aku nak cari duit nak membeli kedai  telefon tersebut. Nasib baik juga pemilik kedai tidak mahu menjualnya kalau tak  susah juga saya. Rasa penyesalan juga ada dalam diri saya disebabkan tindakan  tersebut.
Itu  merupakan persoalan yang cuba saya bangkitkan untuk renungan bersama. Saya tak  nak mengupas dengan panjang lebar isu ini kerana risau juga kalau dilabel  sebagai racist khususnya oleh kawan-kawan sendiri. Ini bukan bermakna  saya takut. Kalau ikutkan beratus muka surat pun belum tentu cukup masa untuk  membicarakan perkara ini.
 
 
No comments:
Post a Comment