Ucapan merupakan satu perkataan yang amat mudah disebut tetapi amat sukar untuk diluahkan. Semasa ingin membuat ucapan berbagai-bagai perkara timbul difikiran kita samada ucapan yang kita sampaikan akan didengar oleh pendengar atau sebaliknya.Semua manusia biasanya akan mengalami situasi yang sama semasa hendak mengadakan ucapan. Perasaan takut dan berdebar sememangnya tetap ada adalam setiap individu. Walau bagaimanapun takut berucap sememangnya harus dikurangkan atau di ketepikan langsung dari dalam diri kita sekiranya kita ingin menjadi seorang penceramah atau pemidato yang baik.
Perasaan takut atau gementar yang dialami oleh seseorang individu itu hanya individu tersebut yang dapat memamahami dan menyelesaikannya sendiri. Pendengar atau penonton tidak akan tahu apa perasaan kita sebenarnya semasa menyampaikan ucapan. Justeru itu, disini saya ingin berkongsi pendapat dengan tuan/puan bagaimana untuk mengawal atau mengurangkan perasaan takut atau gementar semasa menyampaiakan ucapan aitu:-
i. Mengamal Doa berdasarkan amalan dari ayat-ayat suci al quran
ii. Mengamalkan Pergerakkan badan dan tidak statik bila berucap
iii. Membuat persediaan dan latihan untuk berucap
iv. Membuat kajian siapa hadirin atau orang yang ingin mendengan ucapan dan buat analisis
v. Gunakan istilah dan perkataan yang hadirin biasa dengar dan sesuai dengan hadirin berkenaan.
vii. Menggunakan alat bantu seperti alat tulis, projektor dan lain-lain.
Untuk huraian topik ini saya akan sambung untuk siri ulasan saya berikutnya pada masa akan datang. Walau bagaimanapun tuan-puan amat dialu-alukan untuk membuat huraian atau menambah lagi perkara-perkara yang tidak saya masukkan dalam mengupas perkara ini. terima kasih.