Wednesday, August 15, 2012

KERJAYA DAN KONFLIK KELUARGA


KERJAYA DAN KONFLIK KELUARGA
Pada hari ini boleh dikatakan semua pekerja mengalami desakan hidup dan keluarga yang amat kritikal tetapi ia bergantung kepda bagaimana seseorang individu tersebut menyelesaikannya. Tuntutan terhadap tanggungjawab keluarga memberi kesan yang tinggi kepada individu yang terlibat. Salah satu contoh yang agak mudah ialah jika seseorang anak demam atau sakit maka akan menjadi tanggungjawab individu tersebut untuk meninggalkan kerjanya sama ada dengan mengambil cuti rehat atau sebaliknya atau dengan pelbagai alasan semata-mata untuk menjaga ahli keluarganya.
Justeru itu, dalam melihat permasalah ini, organisasi atau jabatan yang terlibat seharusnya  mengambil perhatian yang khusus bagi mengatasi masalah ini. Jika tindakan yang sewajarnya tidak diambil mungkin akan wujud konflik kerja dan keluarga bagi individu yang terlibat.
Setiap individu yang berkeluarga biasanya mengalami masalah ini tetapi bergantung pada kaedah serta kemampuan individu tersebut untuk menyelesaikannya. Jika cara betul penyelesaiaanya maka ia akan berakhir dengan kegembiraan tapi jika sebaliknya akan memberi kesan kepada keluarga dan tanggungjawabnya di tempat kerja.
KONFLIK KELUARGA DAN TEKANAN DI TEMPAT KERJA
Ada kalanya persekitaran dan corak kerja yang dilakukan oleh individu yang terlibat memberi tekanan yang besar kepada sistem kekeluargaan. Ini ditambah lagi perhubungan dan komunikasi antara pekerja bawahan dengan pekerja atasan mempunyai jurang yang agak tinggi. Dalam ertikata lain , komunikasi yang efektif merupakan elemen yang amat penting dalam menentukan halatuju dan corak bekerja seseorang individu.
Bagi jenis kerja yang mempunyai komitmen dan kebertanggungjawaban serta integriti yang tinggi seperti dalam bidang penguatkuasaan, tekanan dan stress sentiasa akan membayangi individu yang terlibat. Jika ini tidak diselesaikan dengan secara berhemah ia akan memberi kesan yang besar kepada keluarganya dan selalunya keluargalah yang akan menjadi mangsanya. Suasana dan persekiran kerja yang negatif  ini jika tidak ditangani dengan baik mempunyai kaitan yang rapat dengan sikap individu berekenaan terhadap keluarganya dan tanggungjawab terhadap keluarganya mungkin terabai atau kurang mendapat perhatian.



Persekitaran kerja yang kurang sesuai dengan seseorang individu juga boleh mendorong kepada kurangnya harga diri dan kawalan emosi yang lemah. Ini juga boleh dikaitkan dengan suasana kerja yang tidak menyumbang kepada produktiviti sesorang pekerja, kurang harga diri dan menganggap dirinya tidak bermakna kepada oraganisasi tersebut. Suasana ini jika tidak diatasi dengan baik oleh oraganisasi atau pihak majikan akan menjadikan  keluarga sebagai mangsa oleh individu terbabit.
Dalam sesuatu organisasi, selalunya seseorang pekerja amat menyenangi suasana bekerja yang melibatkan penyertaan bersama yang mana individu terbabit rasa dihargai dan sumbangannya kepada organisasi diberi penghargaan dan pengiktirafan. Bila sesorang individu rasa dipercayai oleh majikannya dan bukannya sentiasa dibayangi dengan rasa diawasi oleh majikan, individu terbabit akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan baik dan ini menimbulkan kepuasan diri dan semangat serta bermotivasi dalam melaksanakan tugasan dan amanah yang dipertanggungjawab kepadanya.
Jika perkara-perkara yang dibincangkan di atas tidak diberi perhatian yang khusus akan menimbulkan masalah dalam melihat peranan individu tersebut dengan keharmonian keluarganya. Jika kepuasan di tempat kerja tidak tercapai selalunya individu tersebut akan menjadikan keluarga sebagai sasaran ketidakpuasan hatinya dan ini mungkin akan menyebabkan keharmonian dalam keluarga individu  tersebut akan terjejas.Ini ditambah pula dengan peranan yang dimainkan oleh pasangan individu terbabit di rumahnya sama ada suami atau isterinya yang lebih bersikap negatif. Jika peranan isteri atau suami dapat mengimbangi faktor-faktor di atas atau dapat menjadi orang perantaraan antara individu tersebut dengan persekitaran kerjanya mungkin masalah konflik keluarga tidak begitu ketara. Dengan kata lain sokongan ahli keluarga atau pasangan juga memainkan peranan yang penting dalam mengatasi konflik dalam keluarga. Sokongan ahli  keluarga ini akan memberi kepuasan kepada individu berkenaan dan ini juga boleh mendorong individu tersebut mencapai kepuasan dan menghasilkan mutu kerja yang amat membanggakan. Jika keadaan sebaliknya berlaku boleh menyebabkan keharmonian dalam keluarga akan terjejas. Individu yang dibebani dengan masalah diitempat kerja secara berterusan dan ditambah lagi dengan ketegangan dan tiada sokongan emosi oleh pasangannya akan menyebabkan wujudnya konflik dalam diri dan ini memberi kesan kepada keluarganya.
Walau bagaimanapun untuk mendapat sokongan dan dorongan kuat dari pasangannya individu berkenaan seharusnya bijak untuk berkongsi permasalahan dan konflik yang dialaminya dengan pasangannya. Untuk mendapat sokongan dan dorongan daripada pasangan juga bergantung pada rasa tanggungjawab individu berkenaan. Jika peruntukan kewangan untuk urusan rumah tangga diabaikan, tanggungjawab di rumah kurang dititikberatkan, tidak menghormati perasaan pasangan akan mewujudkan hubungan kekeluargaan yang dingin.
Justeru itu, dalam apa jua situasinya, pihak majikan atau organisasi seharusnya bergerak ke hadapan dan lebik proaktif dalam menangani isu-isu kekeluargaan pekerjanya. Majikan seharusnya melihat dan menyediakan kemudahan, sokongan, sistem komunikasi yang berkesan dan segala fasiliti yang munasabah untuk pekerjanya.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada perbincangan dan pandangan yang diutarakan dalam ruangan ini pihak majikan dan pekerja seharusnya bersama-sama memikirkan untuk hari-hari yang mendatang selaras dengan era globalisasi tuntutan sosial  yang semakin meningkat,  apakah tuntutan di tempat keraja dan kebajikan keluarga diberi perhatian yang serius oleh setiap ondividu atau organisasi. Bagaimana pekerja dapat mengimbangi desakan-desakan dan tuntutan-tuntutan serta keperluan asasi dan sosial keluarga dengan sebaik mungkin disampingdalam masa yang sama harus  menjadi seorang pekerja yang benar-benar komited dan menghasilkan mutu kerja dan produktiviti yang diharapkan oleh majikan.
Walau apa pun desakan dan tuntutan kekeluargaan ke atas pekerja,  pihak organisasi atau  majikan mesti mengambil tanggungjawab untuk mengurangkan desakan tersebut. Sebagai contoh yang mudah ialah pihak majikan dapat menyediakan fasiliti yang dapat digunakan sebaik mungkin oleh pekerjanya seperti menyediakan tempat  jagaan untuk kanak-kanak bagi ibu bapa yang bekerja atau menyediakan kemudahan kediaman yang berdekatan dengan tempat kerja. Sementara itu, dipihak keluarga pula mereka seharusnya memahami tentang tuntutan kerja pasangannya dan sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada pasangannya demi menjaga keharmonian keluarganya.

Walau apa pun alasan, penekanan dan tindakan dalam menghadapi permasalahan dan konflik keluarga dan kerja, penyelesaian adalah bergantung sepenuhnya kepada individu yang terlibat.. Beberapa langkah atau tindakan seharusnya diambil oleh pekerja itu sendiri seperti belajar untuk mengatasi masalah dan menguruskan  tekanan yang dihadapinya. Mereka seharusnya tidak mencampuradukan urusan keluarga dangan masalah di tempat kerja. Sentiasa bersikap terbuka dan tidak memendam masalah yang dihadapi serta dapat berkongsi atau  mengadakan perbincangan dengan pihak majikan atau rakan sekerjanya dalam menghadai masalah yang dialaminya. Menghargai pasangannya juga merupakan elemen yang penting dalam menentukan halatuju kerjaya seseoarang individu kerana tanpa sokongan pasangannya  mungkin kejayaan yang dicapai tidak akan berada pada tahap yang diharapkan sekarang.

No comments:

Post a Comment