Pada hari ini semua orang semakin pandai bercakap mengenai agama islam dan perkara-perkara yang berkaiatan kesucian. Semua perkara berkaitan agama islam memang sentiasa meniti di bibir setiap orang. Perkara ini bukan sahaja di kalangan orang melayu yang beragama islam tetapi juga lain-lain bangsa yang bukan beragama islam. Dunia akhir zaman agaknya, ramai ustaz-ustaz tiruan muncul cuba untuk menghancurkan umat islam dan syiar-syiar islam.
Sebai contoh yang ketara adalah tindakan tidak bermaruah yang dikenakan kepada Bekas Exco Selangor iaitu YB Dato' Dr. Hassan Ali. Dalam menghadapi fitnah dan tohmahan politik sekutu-sekutunya khususnya bagi golongan puak kafirin dengan tujuan menjatuhkannya, YB Dato' Dr. Hassan Ali dilihat berseorangan menghadapi musush-musuhnya. Kalau dulu, rakan-rakan seperjungan yang rapat dengannya sentiasa bersama beliau semasa menangkis serangan UMNO tetapi kini semua telah meningggalkan beliau keseorangan kerana masing-masing ingin mengejar dan menjaga kelangsungan hidup.
Beliau dilihat berseorangan walaupun mungkin ada juga rakan-rakan baik yang cuba membantunya dari belakang tetapi hanya berani secara bersembunyi sahaja. khususnya dalam menghadapi tentangan dan tohmahan golongan kafirin DAP dan segelintif kafirin PKR.
Beliau juga dilihat berseorangan dalam menangkis serangan partinya sendiri terutamanya tentangan daripada Khalid Samad(Ahli Parlimen Shah Alam) yang lantang menentangnya. Ini adalah disebabkan tindakan beliau melaksanakan tugas dan amanah yang diletak dibahunya sebagai Exco yang menjaga kesucian agama islam yang pada pandangan sesetangah Jawatankuasa PAS Pusat sebagai melanggar dasar permaufakatan parti PAS dengan sekutu nya iaitu DAP dan PKR demi kelangsungan perjuangan menentang UMNO. Amat menjijikkan tindakan meletakkan maruah islam di bawah telapak kaki orang-orang bukan islam semata-matat inginkan pangkat dan kuasa.
Apa yang menyedihkan tindakan menjatuhkan beliau adalah secara tidak bermaruah. Beliau tidak dipanggil atau diberi peluang membela diri kepada Jawatankuasa PAS Pusat.
“Saya terbuka jika dianggap bermasalah dari segi prestasi dan keupayaan menjalankan tugas, dan jalan terbaik adalah menggantikan saya. Itu prinsip saya. Namun, jika digugurkan, perlulah dimaklumkan sebab musabab digugurkan sebab kita berdepan dengan keluarga dan masyarakat,” kata Hasan kepada media tidak lama dulu apabila timbul spekulasi penamatan perkhidmatan beliau sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.
Ini taktik PAS, dulu dan sekarang. Inilah yang terjadi kepada Datuk Asri Muda 30 tahun lalu.ucapan dasar Presiden PAS ditolak perwakilan parti. Begitu juga yang terjadi ke atas ustaz Nakhaie Ahmad dan Prof Mad Mohd Noor Derus. Diperlakukan dengan keji disebabkan tidak sehaluan dengan parti.
Mungkinkah lepas ini terkena pula Nasharuddin Mat Isa? Sebelum ini pun, bekas Timbalan Presiden PAS ini dan Hasan kerap dikritik pemimpin PAS lain, dan dianggap ‘kudis’ atau ‘ejen UMNO’ dalam parti.
Pada peringkat awal kemasukan Hassan Ali menyertai PAS, dihampar permaidani merah kerana beliau adalah salah seorang yang lantang menentang UMNO tetapi sekarang dipecat secara kerana menentang PAS dan sekutu-sekutunya walaupun tindakan hanya membetulkan perkara yang salah.
Mungkinkah lepas ini terkena pula Nasharuddin Mat Isa? Sebelum ini pun, bekas Timbalan Presiden PAS ini dan Hasan kerap dikritik pemimpin PAS lain, dan dianggap ‘kudis’ atau ‘ejen UMNO’ dalam parti.
Pada peringkat awal kemasukan Hassan Ali menyertai PAS, dihampar permaidani merah kerana beliau adalah salah seorang yang lantang menentang UMNO tetapi sekarang dipecat secara kerana menentang PAS dan sekutu-sekutunya walaupun tindakan hanya membetulkan perkara yang salah.
Cuba kita sama renungkan kata-kata Rasululllah sebagai peringantan dan pedoman,
"Pada akhir zaman nanti kamu disuruh melakukan kemungkaran, dan ditegah melakukan yang makruf. Dan jika kamu berkeras mahu berpegang kepada Islam, kamu terasing, dan umpama memegang bara api yang membakar.”
Sekian untuk renungan bersama.
No comments:
Post a Comment