Setiap hari kita dihujani dengan berbagai-bagai fitnah dan pembohongan yang kita dengar, baca dan mungkin menerimanya . Perkara ini kalau tidak dibendung boleh merosakkan akhlak dan akidah masyarakat kita. Budaya fitnah ini juga bukan saja boleh merosakkkan sistem kekeluargaan tetapi juga akan menjatuhkan maruah dan integriti sesebuah negara.
Kita seolah-olah bermegah dengan berita-berita sensasi yang dicanang di seluruh pelusuk negara. Persoalan keaiban manusia dan individu ditelanjangkan seluas-luasnya sehingga kadangkala seolah-olah merupakan satu budaya baru dalam masyarakat kita.
Sebagi contohnya kita dihidangkan dengan tuduhan dan fitnah penglibatan Pendana Menteri dalam pembunuhan wanita Monggolia yang diwarwarkan seolah-olah kita sendiri melihat kejadian tersebut, kisah fitnah ketua pembangkang dengan pelbagai masalah seks, kisah-kisah perlakuan seks oleh orang-orang kenamaan dan pelbagaI lagi yang kita sendiri tidak mengetahui hujung pangkalnya.

Ulama-ulama politik pula kelihatan seolah-olah memberi kenyataan dan fatwa yang hanya menguntungkan mereka walaupun mereka sedar tindakan tersebut adalah salah. Kepada yang dituduh cubalah muhasabah diri kita kenapa kita dituduh dengan tuduhan dan perlakuan-perlakuan yang amat menjijikkan itu. Mungkin ada hikmah disebaliknya.
Kita kena sedar perkara yang paling utama adalah setiap perbuatan, fitnah dan tohmahan yang dilemparkan pastinya ada pembalasan dari ALLAH nanti.
Kita kena sedar perkara yang paling utama adalah setiap perbuatan, fitnah dan tohmahan yang dilemparkan pastinya ada pembalasan dari ALLAH nanti.
No comments:
Post a Comment