Saturday, February 4, 2017

ANUAR ALOR GANU- BICARA SAYA: SUKARELAWAN DAN REALITI MASA KINI

ANUAR ALOR GANU- BICARA SAYA: SUKARELAWAN DAN REALITI MASA KINI

SUKARELAWAN DAN REALITI MASA KINI

Sukarelawan adalah satu kerja yang mulia, memerlukan sesuatu niat dan tujuan yang ikhlas dalam melaksanakan sesuatu dan tujuan utamanya adalah untuk membantu individu, keluarga  atau komuniti yang memerlukan. Justeru itu, bukan semua manusia atau individu boleh melakukan kerja-kerja sukarela atau dipanggil sukarelawan. Apa yang penting dan perlu ditegaskan di sini ialah sukarelawan adalah seseorang individu yang dianugerahkan dalam dirinya samada melalui pembelajaran  atau pengalaman yang ada pada dirinya sendiri yang sememangnya unik dan tiada dalam diri orang lain dan fokus utama adalah niat ingin membantu. Kemahiran, pengalaman, kebolehan, kekuatan diri dan sebagainya akan dikongsi atau disumbangkan kepada pihak lain. Inilah ciri-ciri sebenar yang perlu ada dalam diri seorang sukarelawan.

Realiti Masa kini

Melaksanakan kerja-kerja sukarela bukanlah sesuatu yang mudah dan senang untuk dilaksanakan terutama dalam berhadapan dengan komuniti yang pelbagai ragam dan latarbelakang soial masing-masing. Dalam usaha untuk membantu individu atau komuniti seseorang sukarelawan seharusnya berada atau seolah-seolahnya dirinya adalah sebahagian dari individu atau komuniti itu sendiri dan memahami apa sebenarnya berlaku dalam komuniti tersebut. Menyesuaikan diri dengan komuniti atau individu yang hendak dibantu adalah elemen utama yang perlu diterapkan sebelum kerja-kerja sukarela dilaksanakan dalam komunit tersebut. Justeru itu, keyakinan dan azam yang kuat untuk sama-sama membantu komuniti tersebut haruslah diterapkan di dalam diri seorang sukarelawan. Perasaan rendah diri dan kurang keyakinan akan merencatkan segala prinsip dan tujuan untuk melakukan kerja-kerja sukareela yang ingin dilaksanakan dalam komuniti tersebut.

Di samping itu juga, sebelum merancang atau ingin melaksanakan kerja-kerja sukarela, seseorang sukarelawan seharusnya mendapatkan pandangan, panduan dan kerjasama daripada rakan-rakan yang berpengetahuan dalam aspek sukarelawan untuk memberi idea dan pandangan tentang apa yang ingin dilaksanakannya.  Elemen sokongan dan penerimaan daripada komuniti juga seharusnya diambil kira dalam memastikan kerja-kerja sukarela yang hendak dilaksanakan mencapai tujuan atau sasaran yang ditetapkan.

Selain daripada faktor-faktor di atas, masalah kewangan juga merupakan cabaran utama yang perlu diberi perhatian untuk menjadi seorang sukarelawan yang berjaya. Sebaik-baiknya keperluan asas diri dan keluarga telah dipenuhi terlebih dahulu sebelum berusaha untuk membantu orang lain. Ini kerana masalah kewangan peribadi semestinya akan menghalang  kerja-kerja sukarela yang hendak dilaksanakan dan ini juga boleh mendorong kepada kegagalan dalam melaksanakan kerja-kerja sukarela.

Pada hari ini banyak persatuan atau pertubuhan sukarela telah  berkembang di negara kita dengan tujuan untuk bersama-sama membantu komuniti atau masyarakat yang memerlukan. Walau bagaimana terdapat sesetengah kumpulan sukarelawan atau NGO-NGO yang telah merosakkan semangat dan prinsip-prinsip kerja sebagai seorang sukarelawan. Penubuhan NGO atau pasukan kerja sukarelawan yang bercirikan kebendaan dan kewangan telah banyak menghalang usaha untuk membentuk sukarelawan yang betul-betul 'genuine' gagal dilaksanakan.  Terdapat sesetangan kumpulan NGO-NGO ini telah mengajar dan menarik golongan muda khususnya pelajar-pelajar universiti untuk terlibat dengan kerja-kerja sukarela dengan berorientasikan kewangan. Golongan muda ini diajar atau disogok dengan kewangan untuk melaksanakan keraja-kerja sukarela yang menyebabkan elemen kerja-kerja sukarelawan telah tercemar dan memberi kesan kepada pertubuhan lain yang melaksanakan kerja-kerja sukarela tanpa sebarang bayaran.

Tidak hairanlah jika pada suatu hari nanti kita akan lihat sesuatu pertubuhan atau NGO-NGO yang dulunya amat berjaya dan cemerlang dalam aspek kesukarelaan dan pernah dijulang oleh pihak kerajaan akan lenyap dalam tempoh yang singkat disebabkan penerapan elemen kewangan yang ditanam dalam diri seorang sukarelawan hingga memberi kesan kepada lain-lain pertubuhan yang semamngnya 'genuine' dalam melaksanakan kerja-kerja sukarela. Justeru itu, pihak kerajaan yang berkai langsung  dengan aspek kesukarelaan seharusnya peka kepada elemen-elemen ini dan pihak universiti pula seharusnya menyediakan kerangka yang luas kepada pelajar-pelajarnya agar lebih memahami aspek-aspek kerja kesukarelaan...


Wsalam.....