Thursday, January 21, 2010

APA NAK JADI

Perbuatan membakar gereja dan masjid/surau merupakan elemen negatif yang harus diberi perhatian serius bukan saja oleh pihak kerajaan tetapi harismerangkumi semua lapisan masyarakat tampa mengira kaum. Sebenarnya siapakan yang sebenarnya bertindakmelakukan perbuatan tersebut atau ianya sengaja diadakan oleh kumpulan-kumpulan tertentu bagimemberi suasana ayang tidak harmoni dan tenteram kepada negara. Perbuatan yang dilakukan tersebut seolah-olah terancang demimembangkitkan isu-isu keagamaan dan kaum.

Kita sebagai anggota masyarakat seharusnya menerima berita-berita tentang kejadian membakar gereja/masjid/surau dengan fikiran yang terbuka dan tanpa rasa syak wasangka yang melampau yang boleh menimbulkan ketegangan kaum dan agama. Mahukah kita menerima kembali kenangan pahit yang berlaku dalam negara sekitar kejadian 13 Mei yang telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh pihak kerajaan.

Unsur-unsur provokasi dan perkauman seharusnya tidak diwar-warkan dengan secara berleluasa kerana bukan semua ahli masyarakat dapat menerima berita yang diberi dengan hati yang terbuka.  Disinilah didapati peranan media massa dan eletronik memainkan peranan penting dalam mewujudkan ketenteraman negara. Laporan yang diberi kepada umum seharusnya mendapat pertimbangan yang sewajarnya sebelum ianya disiarkan kepada umum.

Sementara itu, dalam keadaan sekarang parti politik juga seharusnya mengendurkan isu-isu sensitif yang melibatkan isu-isu keagamaan dan perkauman terutama dalam ceramah-ceramah politik mereka.Tindakan berpolitik yang tidak jujur boleh mengundang masalah kepada ketegangan kaum. Kadangkala kalau diperhatikan peranan yang dimainkan oleh parti-parti politik boleh memberi kesan yang besar kepada negara.Jika unsur keikhlasan dalam perjuangan parti tidak diterapkan akan menghancurkan masa depan negara.